Hendak tahu resepi sarapan pagi menarik boleh anda cuba hari ini? Nah, kami mudahkan kerja anda dengan resepi yang sedang popular sekarang.
Sarapan adalah penting untuk menjaga daya tahan tubuh. Sebelum mula bekerja sebaiknya sarapan terlebih dulu supaya tidak letih dan lebih semangat kerja. Pelajar pula kena sarapan dahulu sebelum gerak ke sekolah supaya jadi lebih fokus dan tidak mengantuk dalam kelas.
Sarapan memberi sangat banyak kebaikan. Oleh itu, jangan lewatkan sarapan. Jangan biarkan perut anda kosong sebelum beraktiviti. Mulai hari dengan perut berisi dan semangat tentunya.
Namun begitu, masih ramai orang yang melewatkan sarapan dengan alasan tidak suka atau tidak ada selera makan pagi-pagi. Kadang juga ada yang menyukai aktiviti sarapan namun kerana orang tua tidak menyediakan sarapan terpaksalah mereka berangkat dengan perut kosong.
Hal demikian tentunya sangat tidak baik. Maka itu pada perkongsian ini kami akan menghadirkan 4 resepi sarapan pagi untuk anda yang selalunya memulai aktiviti di pagi hari.
Resepinya mudah sahaja. Resepi perkongsian ramai di laman Facebook ini sepatutnya anda cubakan. Sangat mudah, sedap, kenyang dan memberikan tenaga yang maksima.
1.Resepi Kentang Stick Goreng
Resepi pertama iaitu kentang stick goreng. Menu ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang suka makan makanan segera. Resepi daripada Siti Fatimah Khairiah di laman Facebook. Cara buat sama macam buat begedil, cuma ini tidak menggunakan telur.
Bahan-bahan :
-Isi ayam,
-Kentang,
-Carrot,
-Daun sup,
-Daun bawang,
-Tepung jagung 10 sudu,
-Lada sulah,
-Garam.
Cara-cara :
-Mula-mula rebus dan cincang halus isi ayam.
-Kemudian kentang juga direbus dan dihancurkan.
-Teruskan hiris halus carrot.
-Jika semua bahan sudah sedia, seterusnya gaul semua bahan dan goreng hingga kekuningan.
-Siap.
2.Resepi Makaroni Goreng Daging
Menu sarapan pagi dengan makaroni goreng daging. Sarapan dengan hidangan ala western, sedap sungguh dan menyelerakan. Resepi western ini dikongsikan oleh Jalilah JJ di laman Facebook. Berikut resepinya.
Bahan-Bahan :
-400 gram makaroni,
-400 gram daging kisar ramly,
-5 ketul sosej dipotong bulat,
-2 biji bawang holland didadu,
-4 ulas bawang putih ditumbuk halus,
-5-6 sudu besar cili kisar boleh tambah jika suka pedas,
-1/2 cawan sos tomato boleh tambah lebih,
-1/2 cawan sos cili,
-2 sudu besar sos tiram,
-1 kiub pati ayam,
-1/2 biji capsicum hijau, merah, kuning,
-5-6 biji cendawan butang,
-Sayuran campuran 1 bungkus,
-Sedikit brokoli hijau,
-Garam dan gula,
-Minyak masak.
Cara-cara :
-Mula-mula rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak untuk elak makaroni melekat.
-Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
-Terus masukkan cili kisar, kacau hingga sekata.
-Kemudian masukkan sos tomato ,sos cili, sos tiram, kiub ayam dan capsicum dan masukkan sedikit air.
-Lalu masukkan daging kisar, sosej, cendawan dan brokoli. Sentiasa kacau sehingga hampir masak.
-Jika semua bahan sudah hampir masak, baru masukkan makaroni dan kacau hingga sekata.
-Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
-Hias ikut selera masing. Boleh tabur dengan daun persley, hirisan daun bawang, lada merah, hirisan sosej dan taburkan serbuk lada hitam jika suka.
3.Resepi Pancake Sedap
Sekali sekala buat pancake mudah untuk sarapan pagi. Resepi pancake sedap dan mudah daripada Siti Nor Zainab Taib di laman Facebook. 1 adunan boleh untuk buat 8 keping pancake. Masa memasak untuk masing-masing pancake hanya dalam 2 minit. Mudah betul.
Bahan-bahan :
-1 cawan tepung gandum,
-1 cawan susu segar/susu full cream/susu cair,
-1 1/2 sudu gula,
-1 sudu kecil baking powder,
-1 sudu kecil esen vanila,
-1 biji telur,
-2 sudu besar minyak jagung/mentega yang dicairkan/minyak masak.
Cara-cara :
-Mula-mula satukan semua bahan dalam bekas. Kacau rata sehingga tepung tidak berketul-ketul.
-Biarkan dalam 10-15 minit untuk bagi pancake gebu sedikit.
-Cedokkan sesenduk kecil adunan ke atas kuali non stick pan yang panas dan guna api sederhana. Tidak perlu guna minyak pun.
-Bila adunan sudah timbul lubang-lubang kecil di atas pancake, balikkan pancake.
-Tunggu seketika, barulah angkat.
4.Resepi Kuih Kaswi
Resepi sarapan berikutnya ialah kuih kaswi. Resepi tradisional ini masih jadi favorit hingga kini. Buat kuih ini tidak payah renyah-renyah. Orang tua-tua dulu punya cara dan resepi sedap, bahan pun tidak banyak. Maka itu kami share resepi kuih kaswi tradisi daripada Nazirah Zali di laman Facebook.
Bahan-bahan :
-2 1/2 tepung gandum,
-1 cawan gula merah (1 cawan air),
-1/2 cawan gula putih,
-1 sudu makan air kapur,
-1/2 sudu teh garam,
-5 cawan air.
Bahan Salut :
-Kelapa parut,
-Secubit garam halus.
Cara-cara :
-Mula-mula masak gula merah hingga cair dan tuang kedalam tepung sambil kacau (gula kena tapis dan mesti panas).
-Lalu masukkan air dan kacau sebati (sampai hilang ketul-ketul).
-Kemudian masukkan garam dan air kapur dan kacau lagi sehingga sebati.
-Setelah adunan sebati, masukkan kedalam acuan. kukus selama 15-20 minit.
-Siap.
Nota : Adunan ini tidak pekat dan tidak cair sangat. Agak-agak bila kita celup jari dia akan lekat nipis di tangan. Jadi kalau rasa macam pekat sangat boleh tambah air. Warna pun tidak pekat sangat. Selamat mencuba.
BACA JUGA:
Wanita jadi gila lepas ‘break up’ dengan boyfriend, tak mahu terima kenyataan
Dalam patung ada isi abu mayat! Hati-hati korang yang suka ‘selam bundle’
Rakyat Malaysia hati kering biarkan Abang Toyota tolak kereta tengah highway