5,000 warga DUN Subang Jaya dapat beli barang dengan harga murah

5,000 warga DUN Subang Jaya dapat beli barang dengan harga murah

Lebih 5,000 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya menerima manfaat di lebih 10 program jualan murah barangan asas.

Penyandang kerusi DUN berkenaan Michelle Ng Mei Sze berkata program Jualan Ehsan Rahmah (JER)

5,000 warga DUN Subang Jaya dapat beli barang dengan harga murah
sering dinantikan penduduk terutama berpendapatan rendah pada setiap penganjuran.

“Kita bersama Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk membantu rakyat agar mereka mendapat manfaat daripada program yang diadakan,” katanya ditemui di sini hari ini.

Jualan itu antaranya menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Program tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rakyat dilanjut hingga Disember ini, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Pada 31 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan program berkenaan memberi penjimatan kira-kira RM18 juta kepada orang ramai dan mencatat nilai jualan sekitar RM37 juta.

BACA JUGA:

Kerajaan Arab Saudi tak mahir susun strategi? Sanggup labur RM99 bilion untuk tarik pemain ‘import’

Korea Utara cuba lancarkan dua peluru berpandu untuk uji kekuatan negara

”Tahu- tahu dah ada 2 anak” – Ardell Aryana selamat melahirkan anak kedua dan umum jantina