7 cara selamat untuk hilangkan jerawat dalam masa sehari! Ramai yang belum tahu

7 cara selamat untuk hilangkan jerawat dalam masa sehari! Ramai yang belum tahu

7 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan
Apa itu Jerawat?
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan.

7 cara selamat untuk hilangkan jerawat dalam masa sehari! Ramai yang belum tahu

1. Serbuk kunyit

Cara menggunakan serbuk kunyit untuk menghilangkan jerawat :

Ambil sedikit serbuk kunyit dan dicampurkan dengan sedikit air.
Jadikannya pekat dan pakai seperti mask dan seterusnya sapu di muka.
Biarkan kering selama beberapa minit dan basuh.
Ulang beberapa kali sehingga nampak jerawat tu hilang.
18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

2. Daun Pudina

Cara menggunakan daun pudina untuk menghilangkan jerawat :

Bersihkan wajah anda dengan sabun atau pencuci muka.
Kemudian sediakan 8 helai hingga ke 10 helai daun pudina yang telah dicuci bersih.
Tumbuk daun pudina hingga halus.
Tempekkan daun yang telah ditumbuk halus itu ke bahagian jerawat anda selama 15 minit.
Kemudian gosok-gosokan (scrub) daun pudina tersebut di tempat jerawat sebelum anda membersihkan muka anda dengan air suam. Ia akan meransangkan jerawat tersebut untuk keluar.
Lakukan kerap 2 atau 3 kali seminggu.
18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

3. Kulit Kayu Manis

Cara menggunakan kulit kayu manis untuk menghilangkan jerawat :

Beli kulit kayu manis yang nipis (Cinnamon) bukan tebal (Cassia).
Hiris halus – halus atau gesekkan pada lesung batu kulit manis tersebut. (Campurkan air sedikit ketika gesek supaya jadi lendir)
Letakkan sedikit air (jika hiris) dan scrub di bahagian jerawat tadi.
Ulang beberapa kali seminggu sehingga jerawat tersebut akan hilang. Anda boleh lihat perubahannya.

4. Limau Nipis

Cara menggunakan limau nipis untuk menghilangkan jerawat :

Cara yang pertama

Belah dua limau nipis tersebut dan sapukan pada muka terutama pada muka yang ada jerawatnya.
Diamkan diri selama beberapa minit supaya air limau nipis tersebut masuk ke dalam kulit anda.
Jika anda terasa pedih, itu adalah kerana vitamin c sedang bekerja memasuki jerawat tersebut.
Ulangi beberapa kali dan lihat hasilnya.

Cara yang kedua

Memerah limau nipis sehingga airnya keluar.
Sila campur air limau nipis dengan air panas. Kenapa dicampur air panas? Ia bertujuan mengaktifkan khasiat limau nipis tersebut supaya liang liang pori muka menjadi terbuka dan khasiat limau nipis tersebut menyebabkan keadaan jerawat semakin baik.
Kemudian anda basuh muka dengan air limau nipis nipis dan diamkan diri sehingga kering.
Setelah itu basuh muka anda dengan air sejuk.
Ulangi beberapa kali dan lihat hasilnya.

5. Lidah buaya / Aloe Vera

Cara menggunakan Lidah Buaya

Cara Pertama :

Ambil satu daun lidah buaya dan dipicit untuk keluarkan gelnya.
Kemudian sapukan gel tersebut pada jerawat.
Sila ulangi proses ini dua kali sehari selama seminggu untuk menghilangkan jerawat dan lihat hasilnya.

Cara Kedua : Campurkan gel Lidah Buaya @ Aloe Vera dengan Lemon atau Limau Nipis

Ambil satu daun lidah buaya dan dipicit untuk keluarkan gelnya.
Masukkan gel tersebut di dalam mesin pengisar (blender).
Campurkan beberapa titis lemon atau limau nipis bersama gel lidah buaya tadi.
Kemudian simpan campuran tadi di dalam peti sejuk. (ia akan menjadi seperti lotion)
Sapukan lotion tersebut seperti mask di seluruh muka anda sebelum anda tidur.
Biarkan semalaman dan bersihkan wajah anda pada pagi esoknya.
Ulangi proses ini setiap hari dan anda akan nampak kesannya nanti.

6. Bawang Putih

Cara menggunakan Bawang Putih untuk menghilangkan jerawat :

Sapu dan gosok di kawasan jerawat.

Siapkan terlebih dahulu 1 labu bawang putih, lalu kupas dan iris tipis.
Sebelum anda sapu dan gosok bawah putih ke tempat jerawat, anda seharusnya bersihkan terlebih dahulu kulit wajah yang berjerawat dengan air suam.
Kemudian anda sapu dan gosok irisan bawah putih tadi pada jerawat.
Kemudian biarkan semalaman dan bersihkan pada keesokan harinya dengan air dingin dan sabun atau pembersih muka.
Anda boleh lakukan cara ini setiap malam sebelum tidur, jika jerawatnya tidak terlalu parah biasanya pada keesokan harinya jerawat akan kempis dengan sendirinya.
Menempelkan bawang putih di wajah.

7. Timun

Cara menggunakan Timun untuk menghilangkan jerawat :

Letak Timun bersama Yogurt

Sediakan sebiji timun segar dengan ukuran sedang dan satu senduk yogurt.
Bersihkan timun tersebut dan kemudian timun itu dipotong nipis.
Tambahkan yogurt pada potongan timun, kemudian gaulkan rata yogurt pada permukaan timun.
Tempelkan timun di seluruh muka anda.
Biarkan selama 15 minit dan kemudian bersihkan muka dengan air suam.
Ulang beberapa kali dan anda boleh lihat hasilnya nanti.
Membuat mask timun

BACA JUGA:Menu Rahmah banyak membantu saya – pelajar IPTA