Abang ipar tak mengaku salah biar adik dirogol bergilir-gilir, ini respon yang diberikan

Memetik laporan dari Buletin TV3, lelaki yang juga seorang penganggur itu didakwa bersubahat memudahkan rakan-rakannya menceroboh masuk ke dalam rumah bertujuan untuk merogol seorang wanita secara berkumpulan.

“Saya mohon dibenarkan jaminan, mungkin isteri saya (sebagai penjamin),” katanya.

Tiada ahli keluarga lain (penjamin), kalau ada pun mungkin sepupu.
“Saya juga sudah berhenti kerja dan ada sakit semput,” kata tertuduh.
Selepas mendengar hujah-hujah dari tertuduh dan timbalan pendakwa raya, Izralizam memutuskan yang tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Abang ipar tak mengaku salah biar adik dirogol bergilir-gilir, ini respon yang diberikan

Lebih kejam lagi, kejadian tersebut telah dirakam oleh suspek. Hasil siasatan awal, abang ipar mangsa dikatakan telah menghubungi mangsa terlebih dahulu untuk tidak mengunci pintu rumah dipercayai bagi memudahkan rakan-rakannya masuk ke dalam dan memperkosa mangsa yang sedang tidur di dalam bilik.

Motif kejadian keji itu dikatakan untuk melangsaikan hutang abang ipar mangsa kepada rakan-rakannya.

BACA LANJUT:

Ibu tak ada hati perut saksi anak gadis dirogol suami baru

Tiada pengubat rindu lagi, klon P.Ramlee meninggal dunia

Pelanggan kembang tekak bila tengok mangkuk mi celup, “Rasa nak tolong sental guna clorox”