Abang Tesla penat usaha macam-macam untuk dapatkan zuriat, kini nafi punca kahwin dua sebab ‘anak’

Muhammad Khal Iltizam Yusry atau lebih dikenali dengan gelaran Abang Tesla menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia berkahwin dua disebabkan masalah zuriat.

Memetik laporan Astro Awani, Khal memohon netizen tidak membuat sebarang spekulasi dan mendoakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga.

Sebab apa berkahwin lain ini saya tak boleh nak kongsi lanjut kerana banyak hati yang perlu dijaga iaitu keluarga, hati isteri saya, hati pihak di sebelah sana. Tapi apa yang penting adalah ke arah kebaikan”

Abang Tesla penat usaha macam-macam untuk dapatkan zuriat, kini nafi punca kahwin dua sebab ‘anak’

Dalam pada itu, beliau juga mengaku pernah melakukan rawatan persenyawaan In Vitro (IVF) bersama isterinya dan pernah mengandung namun mereka mengalami keguguran. Beliau menyifatkan perkara itu berlaku kerana belum punyai rezeki.

Untuk rekod, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.

BACA JUGA:

”Dia tahu dia tak boleh menang tapi…”, Tindakan cikgu iring pelajar OKU berlari guna tongkat undang sebak netizen

Remaja termasuk gear reverse rempuh orang di RNR, ibu menyesal suruh panaskan enjin

Mat Saleh gila Proton! Tahu hargai barang berharga