Ketika industri hiburan dikejutkan dengan isu anak pasangan selebriti didakwa menjadi wanita perampas suami orang atau ‘penyondol’, bekas anggota Elite, Abby Abadi tampil bersuara.
Abby pada masa sama memberi ruang kepada netizen untuk terus berpolemik mengenai isu tersebut sebelum memberi jawapan bagi merungkai segala tuduhan.
“Tentang isu tular ini, tak apa, sila komen-komen dahulu. Cari pahala ya. Nanti saya jawab.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa gadis berusia 18 tahun yang juga anak kepada pasangan selebriti menjadi penyebab keruntuhan perkahwinannya.
Menggunakan platform X semalam, wanita terbabit meluahkan perasaan dengan mendakwa gadis berkenaan yang juga seorang pempengaruh berimej Muslimah adalah penyondol rumah tangganya yang dibina selama tiga tahun.
Lebih memburukkan keadaan, wanita itu turut menampilkan bukti resit yang mendakwa gadis berkenaan kantoi check-in bersama bekas suaminya
BACA LANJUT:
Ibu tak ada hati perut saksi anak gadis dirogol suami baru
Tiada pengubat rindu lagi, klon P.Ramlee meninggal dunia
Wanita kaya ketawa bila bekas suami nak beri nafkah anak kurang RM5