Ahli perniagaan dakwa SPRM membuat kenyataan palsu sedang diburu

Ahli perniagaan dakwa SPRM membuat kenyataan palsu sedang diburu

Seorang ahli perniagaan yang sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa dirinya tidak pernah menerima notis untuknya hadir membantu siasatan daripada pegawai penguat kuasa agensi itu.

Datuk Justin Lim Hwa Tat, berkata sehingga semalam beliau belum menerima notis daripada SPRM yang memerlukannya hadir untuk direkod keterangan di bawah Seksyen 30 Akta SPRM 2009.

Ahli perniagaan dakwa SPRM membuat kenyataan palsu sedang diburu

Malah, beliau mendakwa SPRM tidak memberikan notis yang dinyatakan itu di tempat kerja atau kediamannya.

“Saya juga tidak pernah didekati oleh mana-mana pegawai SPRM yang meminta saya membantu berhubung siasatan yang disebut dalam kenyataan itu.

“Justeru, saya ingin menegaskan, kenyataan SPRM yang menyatakan saya sebagai individu yang dikehendaki adalah tidak tepat dan tidak mempunyai asas. Kenyataan itu memberikan gambaran palsu seolah saya mengelak atau memberi kerjasama dengan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justin Lim juga menegaskan, beliau sudah meninggalkan perniagaan itu sejak awal Februari lalu, namun kekal berhasrat untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.

“Dalam hal ini, saya secara rasmi melantik Tetuan Gobind Singh Deo & Co untuk mewakili saya sebagai wakil undang-undang semasa menjalankan penyiasatan ini,” katanya.

SPRM dalam satu kenyataan pada 12 Julai lalu berkata, Bahagian SPRM Putrajaya sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes agensi itu.

“Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat, 47, mempunyai alamat terakhir di Nombor 54, Jalan SS 22/27 Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Freddick Makiun di talian 03-88700480 atau 014-8595925 atau emel kepada [email protected].

BACA JUGA:

Presiden Ukraine boikot perjanjian laut hitam melalui majlis NATO-Ukraine pada Rabu ini

AMANAH sah tanding 31 DUN dalam PRN, semua mahu tempat

Kejohanan Karate Asia: Trio karate negara sumbang gangsa ketiga