Air halba dikatakan berkhasiat, sekali pendedahan ini buat ramai terkedu

Air halba dikatakan berkhasiat, sekali pendedahan ini buat ramai terkedu

Sekarang tengah viral tentang air rendaman halba terutama dalam kalangan wanita dan para ibu… Yang menjadi viral tu tak kisah, cuma yang kisahnya bila ada yang sebarkan dalil hadis bersandarkan kepada Rasulullah s.a.w tentang halba. Betul ke hadis tu hadis sahih? Sahih ke cerita tu? Zaman sekarang, banyak fitnah kepada Rasulullah s.a.w… Jangan buat main-main…dan jangan main sebar aje…

Namun begitu, tak dinafikan halba memang banyak khasiatnya…

Antara khasiat hulbah (halba) membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Air halba dikatakan berkhasiat, sekali pendedahan ini buat ramai terkedu

Daun Halba

Ðaun rawat masalah penghadaman
Ðaun halba mengandungi protein, beta karotena, besi dan zat-zat galian yang lain. Ðaun ini menyejukkan dan dikatakan mampu menaikkan selera makan seseorang jika diambil dengan cara yang betul.

Ðaun halba jika ditumbuk halus dikatakan boleh disapu kepada muka kerana ia mampu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam, muka kering dan kemunculan awal kedutan muka.

Jika pes daun ini disapu pada kulit kepala sebelum mandi, dikatakan mampu memanjangkan rambut, mengekalkan warna semula jadi rambut dan menjadikan rambut halus dan lembut.

Ðaun halba juga dikatakan mampu digunakan dalam merawat masalah penghadaman dan masalah kembung perut. Air rebusan daun halba pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat kumur bagi masalah ulser mulut. Ðaun halba juga dikatakan mampu membantu pembentukan darah. Ðaun yang telah dimasak dikatakan amat berguna untuk gadis remaja mengelak anemia dan keadaan yang berkaitan dengan masalah pembesaran dan cukup umur.

Berikutan dengan kesan yang menyejukkan, daun yang telah ditumbuk boleh ditampalkan pada bahagian yang mengalami bengkak dan kesan terbakar.

Teh halba merawat demam
Biji halba merupakan sumber yang kaya dari galactomannan polisakarida. Ia juga merupakan sumber saponin diosgenin, yamogenin, gitogenin, tigogenin, dan neotigogens. Unsur bioaktif lain yang terdapat dalam halba termasuk lendir, minyak atsiri, dan alkaloid seperti Kolin dan trigonelina.

Biji halba pula dikatakan bersifat melegakan, melawaskan kencing, mengeluarkan angin, menambahkan air susu ibu serta sesuai dijadikan sebagai tonik perangsang dan penaik selera makan. Biji halba dikatakan mampu digunakan untuk merawat kolik, kembung perut, disentri, diarea dan dispepsia di mana semuanya berkaitan dengan masalah dalaman perut. Teh yang dibuat daripada biji halba juga dikatakan amat bernilai dalam mengurangkan demam. Teh halba juga berguna sebagai minuman pencuci dan pelega badan dan ia juga dikatakan mempunyai kelebihan untuk membuang bahan melekit dalam tubuh.

Biji halba jika diambil dengan menelannya secara mentah (sekitar 2-3 gram) atau direndam dengan air hangat setiap pagi sebelum memberus gigi atau sebelum meminum teh/kopi dikatakan mampu memberikan kesan terapi dan penyembuhan untuk sakit-sakit sendi, tanpa memberikan efek sampingan.

Merawat sakit tekak
Ubat kumur yang dihasilkan daripada biji halba dikatakan amat berguna dalam merawat sakit tekak. Apabila menyediakan ubat kumur ini, ia seharusnya lebih pekat daripada teh. Teh ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat untuk menghilangkan bau mulut dan bau badan.

Membantu pesakit diabetes
Biji halba juga dikatakan mempunyai kesan hipoglisemia yang ringan dan dipercayai mampu membantu pesakit diabetes dengan mengurangkan glukosa serum dan meningkatkan toleransi glukosa.

Penggalak pengeluaran susu ibu
Biji halba yang telah dihancurkan dan dijadikan seperti kanji dikatakan boleh dimakan oleh ibu yang baru melahirkan anak terutamanya bagi membolehkan mereka meningkatkan pengaliran susu badan. Halba digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa halba adalah stimulator pengeluaran susu ibu dan penggunaannya dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran susu sebanyak 900%.

Walaupun terdapat banyak kegunaan biji dan daun halba, namun begitu sebelum menggunakannya hedaklah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

BACA JUGA:Menu durian yang wajib korang cuba