Akhirnya Masya Masyitah buka tudung, netizen pula perli wajah persis ‘barbie’

Akhirnya Masya Masyitah buka tudung, netizen pula perli wajah persis ‘barbie’

Penampilan terkini penyanyi Masya Masyitah dilihat tidak lagi mengenakan hijab mengejutkan ramai peminat dan netizen.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusof, 23, dilihat cantik memakai baju berona merah jambu tanpa memakai tudung.

Akhirnya Masya Masyitah buka tudung, netizen pula perli wajah persis ‘barbie’

Penampilannya itu juga dipadankan dengan kereta mewah berwarna merah jambu.

Dalam kapsyen yang ditulis, penyanyi lagu Hapus ini juga seakan-akan memberi kata-kata semangat buat dirinya untuk menjadi lebih kuat.

“Fikiran awak perlu lebih kuat daripada perasaan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan penyanyi berkenaan.

Malah ada juga seolah-olah sudah dapat menjangka Masya akan membuka hijab selepas berdepan dengan pelbagai kontroversi berkait penampilannya.

“Patutlah dia tunjuk aurat sikit demi sikit sebelum ini. Nak buka semua rupanya.

“Assalam real ke ni? Mungkin member dah tak tahan nak bertutup, akhirnya kongsi dia tak bertudung.

“Masyaallah, akhirnya tudung sudah melayang terbang. Terkejut kita,” antara komen netizen.

Sebelum ini, Masya pernah menerima kecaman dan kritikan daripada netizen kerana tampil berani dengan fesyen pelik dan berkongsi di media sosial.

BACA JUGA:

Ekonomi Madani rancakkan perubahan positif di Malaysia

Bantuan untuk semua rakyat bukan ‘gula-gula’ politik

Seram! Zaman serba canggih masih ada lagi manusia yang gunakan ilmu pelik