Akhirnya ramai tak sabar nak tengok 2 sejoli ni! Dahlia Rizal sah isteri Imran Aqil

Pelakon Imran Aqil selamat bergelar suami kepada Nur Dahlia Ahmad Rizal dengan sekali lafaz pada malam Sabtu.

Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Nordin berwakil walikan bapa pengantin perempuan iaitu Ahmad Rizal.

Dalam majlis yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Akhirnya ramai tak sabar nak tengok 2 sejoli ni! Dahlia Rizal sah isteri Imran Aqil

Selain itu, pengantin lelaki turut menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.

Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.

Dalam pada itu, Imran meluahkan rasa syukur dan gembira selepas sah bergelar suami dan segala perancangan majlis pernikahan mereka berjalan lancar.

“Alhamdulillah, syukur masa yang dinanti telah pun tiba. Kami mengikat pertunangan selama setahun dan malam ini kami sudah sah bergelar suami dan isteri.

Alhamdulillah berkat doa ibu bapa serta doa-doa peminat kami dapat mengharunginya sehingga ke hari ini.

“Syukur semuanya berjalan dengan lancar… saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” katanya.

Beralih fasa baharu kehidupan, pelakon drama Budak Tebing 2 ini mengakui timbul rasa gementar untuk menjalani tanggungjawab sebagai suami.

Dia bagaimanapun berterima kasih kepada Dahlia, 22, kerana banyak bersabar sepanjang mereka mengharungi liku-liku dalam fasa pertunangan sebelum sah bergelar suami isteri.

“Sejujurnya saya merasa agak gementar memandangkan tanggungjawab seorang suami dan isteri bukan mudah… namun Alhamdulillah berkat doa ibu bapa serta doa-doa peminat kami dapat mengharunginya sehingga ke hari ini.

“Kepada isteri saya, terima kasih kerana menerima saya dan selalu bersabar dalam tempoh pertunangan kita selama ini.

“Tidak dinafikan saya banyak kekurangan tetapi awak (Dahlia) sentiasa menyempurnakan saya… saya juga berharap agar peminat semua doakan kami bahagia hingga ke syurga,” ujarnya.

Untuk rekod, Imran dan Dahlia mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.

BACA JUGA:

KPM akan ambil tindakan atas guru jadikan murid sebagai ‘content’ di media sosial

Tuan badan buka mulut, “Saya mengaku salah” bukan semua cerita benar – Marissa Dania

”Netizen meluat tengok PS mengaku diri paling cantik dalam dunia