Akibat suka kutuk orang, wanita ini disihir dan tak waras – Ini kisahnya…

Akibat suka kutuk orang, wanita ini disihir dan tak waras – Ini kisahnya…

Sesetengah orang memang mempunyai perangai suka menyindir di media sosial tanpa menghiraukan perasaan individu lain. Orang yang dilemparkan segala kutukan itu mungkin ternampak tenang dan tak membalas. Tapi tidak bermakna mereka akan selama-lamanya berdiam.

Marahnya insan yang penyabar memang sangat menakutkan. Di Facebook Tokqiqi yang merupakan seorang perawat Islam, dia berkongsikan kisah seorang wanita terkena buatan orang akibat daripada mulut celuparnya sendiri. Difahamkan, individu terbabit suka mengutuk dan main sindir-sindir ‘si polan’ menerusi posting di Facebook.

Akibat suka kutuk orang, wanita ini disihir dan tak waras - Ini kisahnya...

2 jin datang menyerupai tuan penyihir…Berguling-guling gelakkan
Lantaran geram dirinya diperlakukan sebegitu, si polan yang tak mampu bersabar lagi telah melakukan amalan syirik demi memusnahkan hidup wanita terbabit. Ketika proses rukyah dibuat, ada 2 entiti asing masuk ke dalam rumah mengetawakan wanita berkenaan.

Disangka akan sembuh, rupanya gangguan sama tetap berulang dan menimpa wanita tersebut. Nampaknya si polan yang sudah lama menahan sabar sukar memaafkan kelancangan mulut wanita ini. Seakan menjadi tidak waras, ada kalanya dia akan berlari-lari tanpa baju di sekitar rumah.

Orang yang terguris itu tak boleh memaafkan perbuatan
Daripada kisah ini, Tokqiqq menasihati agar kita sentiasa menjaga pertuturan dan jangan sampai ia menyakitkan hati orang lain. Kerana orang nampak diam ini sebenarnya menyimpan amarah yang cukup besar.

BACA JUGA:

”Nak jadi lelaki kena kuat”, tomboi dan ibu kandung meraung di mahkamah tak mengaku dera budak 7 tahun

Remaja lelaki cedera parah tertusuk buluh panjang

Sebab degil pakai helmet, rider ditembak polis