AMANAH sah tanding 31 DUN dalam PRN, semua mahu tempat

AMANAH sah tanding 31 DUN dalam PRN, semua mahu tempat

AMANAH sah akan bertanding di 31 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata ia membabitkan masing-masing sembilan kerusi di Kedah dan Selangor, Kelantan (tujuh), serta masing-masing dua di Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

AMANAH sah tanding 31 DUN dalam PRN, semua mahu tempat

“Dari segi calon pula, seramai 15 adalah muka baharu, masing-masing tujuh calon muda dan wanita, manakala beberapa penyandang dikekalkan.

“Pemilihan calon muda dibuat berdasarkan sumbangan aktif mereka kepada parti dan bergerak dengan betul.

“Justeru, kita melihat mereka perlu diangkat serta dijadikan calon supaya dapat memimpin parti pada masa akan datang,” katanya pada sidang media pengumuman calon AMANAH, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden AMANAH, Adly Zahari.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, pihaknya akan membuat rundingan berhubung dua lagi kerusi DUN, iaitu Tepuh serta Bandar di Terengganu, dan perkara itu dijangka diputuskan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan perebutan meletakkan calon untuk dua kerusi DUN itu sebagai bukan masalah besar ataupun perkara pelik.

“Kita akan membuat rundingan untuk dua kerusi DUN itu, dan perlu segera atau paling lewat pun sebelum penamaan calon.

“Tiada masalah apa-apa sebab semua hendak tempat ini… bukan perkara pelik,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos depan, dengan penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

PRN 2023 membabitkan 36 kerusi DUN di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).

BACA JUGA:

Ahmad Zaid janji tidak akan tingal dan jatuhkan Anwar

Menang RM250,000 Chiwan mahu beli rumah dan kereta untuk persiapan kahwin tahun ni

Malang tidak berbau, penunggang motosikal maut dirempuh kereta langgar lampu isyarat