Amir Ahnaf tidak gentar apabila dikecam gara-gara nyatakan hasrat mahu cipta nama di luar negara

Gara-gara meluahkan hasrat mahu mengembangkan karier seni ke luar negara, pelakon Amir Ahnaf menerima kecaman hebat netizen.

Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 23, bagaimanpun berkata komen ditulis netizen itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencipta nama di luar negara.

“Kadang-kadang bila saya berada dalam industri seni ni, tahu bukan semua suka saya tapi tak apa dengan keikhlasan serta kepercayaan orang lain dan apa yang saya buat ni semuanya untuk peminat saja.

Amir Ahnaf tidak gentar apabila dikecam gara-gara nyatakan hasrat mahu cipta nama di luar negara

“Hasil kerja saya tu terpulang kepada anda semua, kalau suka boleh lihat kalau tidak suka tak apa, anda boleh share dekat orang lain tak ada paksaan pun lagipun saya baru lagi dalam industri ini cuma kita tak tahu apa yang tuhan nak atur kehidupan kita kan.

“Kadang-kadang saya baca juga komen tu, cumanya saya ni hati tisu juga… tapi tak apa la saya tak ambil hati pun sebab semua orang ada mata dan otak yang berbeza serta berhak untuk bersuara tapi yang penting jaga adab,” kata Amir

Dalam perkembangan lain Amir mendapat tawaran bagi membintangi sebuah filem di Indonesia berjudul The Parcel.

BACA JUGA:

Ramai tak tahu rupanya Sharnaaz Ahmad tauke kedai ais krim,”ingatkan reti berlakon je,rupanya berniaga pun boleh”

Suami nafi lafaz taklik cerai isteri andai Anwar kekal jadi PM

Dari seorang cikgu sekarang TikTokers terkenal Kim Seri berjaya bukak restoran di Korea