Anak Achey jual ‘candy Tiara’ dapat sambutan luar biasa, tido pon oder masuk dik!

Pelawak Achey terkejut dengan sokongan netizen terhadap perniagaan makanan ringan yang dijalankan oleh anak perempuannya iaitu Nur Tiara Zinnirah kini berusia lima tahun.

Walaupun tidak mendapat keuntungan yang besar, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata dia bersyukur apabila berjaya menjual 3,000 pek dan menerima gift daripada pengikut pada malam Rabu.

“Ketika live tu ada 4,000 orang penonton, Tiara padatkan gula-gula dalam satu plastik dan nilai keuntungan tu dah jadi lain.

Anak Achey jual ‘candy Tiara’ dapat sambutan luar biasa, tido pon oder masuk dik!

“Isteri saya buat kiraan adalah dalam RM1 untung untuk satu pek dan isteri kata tak apa teruskan sahaja.

“Selepas Tiara tidur jumlah tontonan naik sampai satu juta.

“Saya teruskan sampailah 3,000 pek terjual dan dapat gift tiga ekor singa selama dua jam buat live,” katanya

BACA JUGA:

Tak masuk akal, Peminat hadiahkan Shah Rukh Khan sebidang tanah di bulan

China sekat import makanan laut, Jepun buang air radioaktif di Lautan Pasifik

Sharifah Sakinah gelar Nad Zainal narsistik, bagai kacang lupakan kulit?