Anak Jamal Abdillah bagi hint ini konsert terakhir
Raja pop negara, Datuk Jamal Abdillah mengumumkan bakal mengadakan konsert yang akan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 September ini.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali menyatakan berhasrat untuk sepentas bersama anak-anaknya iaitu Yamani Abdillah dan Zaki Yamani pada malam konsert tersebut.
Saya sudah maklumkan kepada anak-anak cuma masih menunggu pihak pengurusan mereka untuk berbincang dengan pihak Shiraz (pihak pengurusan konsert).
Selain itu, konsert ini juga akan dimeriahkan lagi dengan kemunculan seorang penyanyi lelaki terkenal selain jemputan penyanyi rap bagi memeriahkan lagi persembahan.
Saya akan buat persembahan dengan penyanyi jemputan yang merupakan seorang legenda besar dalam industri. Selain bawa anak-anak bersama, saya juga akan bawa rapper untuk menyanyikan lagu saya dan Malique.
Untuk konsert ini saya akan menyampaikan dalam 15 ke 20 buah lagu, mungkin akan ada tiga atau empat segment.
Penyanyi berusia 64 tahun ini mendedahkan bahawa dia telah dilamar oleh pihak pengurusan konsert tersebut pada awal tahun ini.
Pihak Shiraz menghubungi saya enam bulan lalu dan selepas itu kami berbincang.
Saya bersetuju sebab saya yakin mereka (Shiraz Projects) lebih berpengalaman. Saya pun dapat belajar, mana tahu kalau dah tak boleh jadi penyanyi lagi saya boleh jadi penganjur pula.
Jamal berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media konsert Jamal Abdillah Live In Concert di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin.
Dalam pada itu, hero filem Azura ini sempat berseloroh dengan menyatakan bahawa berkemungkinan ini adalah konsert terakhirnya.
Saya harap rakan-rakan media dapat beri sokongan kepada saya dan Shiraz Projects untuk menguar-uarkan konsert…Ini rasanya konsert terakhir.
Sementara itu, Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata pihaknya memilih Jamal kerana kreadibiliti dan pesonanya sebagai seorang penyanyi.
Saya yakin InsyaAllah akan ‘sold out’ dan kalau mendapat sambutan kami akan tambah lagi satu malam.
BACA JUGA:
Rakyat tidak mahu mengundi, Kelantan langgar peraturan demi pengundi luar
Ibu ghairah bercinta sanggup dera anak sampai mati bersama teman lelaki akhirnya ditahan
Bapa tampil buat laporan anak hampir maut sebab dipijak berkali-kali dengan teman lelaki