Anak Melayu di Singapura malu bertutur bahasa Melayu,”sedikit memalukan kalau saya cakap dalam bahasa Melayu”

Anak Melayu di Singapura malu bertutur bahasa Melayu,”sedikit memalukan kalau saya cakap dalam bahasa Melayu”

Pengunaan bahasa Melayu dalam kalangan anak muda Melayu di Singapura dilihat semakin berkurang kerana mereka lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris.

Menerusi satu video temuramah di TikTok @beritamediacorp, sekumpulan anak muda ini ditanya mengapa mereka takut berbahasa Melayu.

Anak Melayu di Singapura malu bertutur bahasa Melayu,"sedikit memalukan kalau saya cakap dalam bahasa Melayu"

Kebanyakan mereka memberi alasan tidak menggunakan bahasa Melayu kerana bunyinya kekok dan tidak lancar.

Ada yang mengatakan dikelilingi oleh orang yang menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan mereka terpengaruh untuk bertutur dalam bahasa itu berbanding bahasa ibunda mereka.

Rata-rata anak muda di sana hanya menggunakan bahasa Melayu di rumah bersama orang tua atau bersama rakan melayu yang lain.

“Saya rasa sebab kita dikelilingi oleh ramai orang yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka.

“Saya rasa saya tidak bercakap Melayu dengan baik, jadi ia sedikit memalukan kalau saya cakap dalam bahasa Melayu.

“Apabila saya perlu berbual dalam bahasa Melayu ia tidak kedengaran seperti bahasa Melayu,” ujar mereka.

Ada juga mendakwa pemilihan bahasa itu bergantung kepada orang yang berada di sekeliling. Namun, ada yang mendedahkan takut menggunakan tatabahasa yang salah hingga menyebabkan dia memilih untuk tidak bercakap bahasa itu.

“Apabila saya perlu berbual dalam bahasa Melayu ia tidak kedengaran seperti bahasa Melayu,” katanya.

Perkongsian video itu telah mencetus pelbagai reaksi netizen Malaysia, rata-ratanya terkejut dengan pendedahan tersebut.

Walaupun mereka mengakui tidak fasih berbahasa Melayu, namun ada juga yang memuji penggunaan bahasa Melayu mereka dilihat lebih tersusun ketika berkomunikasi.

Untuk pengetahuan, Singapura mengiktiraf empat bahasa rasmi, iaitu Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.

BACA JUGA:

Mamazie dedah jumpa pakaian bekas suami dan wanita lain dalam satu bagasi

Putera arab digelar ‘The Sleeping Prince’ gara-gara koma 18tahun

Shell App rasmi dilancarkan. Isi minyak lebih selamat