Angkara makan durian & nangka selama 7 tahun, influencer terkenal mati kebuluran
Seorang pempengaruh vegan, Zhanna Samsonova didakwa meninggal dunia kerana kelaparan ketika mengamalkan diet esktrem dengan hanya menjamah buah-buahan eksotik.
Memetik laporan New York Post, wanita warganegara Rusia itu dilaporkan meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan perubatan ketika kunjungannya ke Asia Tenggara iaitu pada 21 Julai lalu.
Ibu pempengaruh itu percaya bahawa punca kematian anaknya adalah kerana jangkitan seperti kolera dan dia hanya makan buah-buahan, pucuk serta jus yang diamal selama bertahun-tahun.
Bagaimanapun, punca kematian secara rasmi masih belum diketahui.
Dalam pada itu, seorang rakannya mendakwa bahawa Samsonova hanya menjamah nangka dan durian serta beberapa buah-buahan yang lain sejak tujuh tahun lalu.
Memetik laporan Newsflash, rakan wanita berusia 39 tahun tersebut melihat dia dalam keadaan letih dan mengalami bengkak di bahagian kakinya semasa berada di Sri Lanka beberapa bulan sebelum kematiannya.
Mereka menghantarnya pulang untuk mendapatkan rawatan, namun dia melarikan diri lagi.
Saya meyakinkannya untuk mendapatkan rawatan, tetapi tidak berhasil.
Samsonova menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan tentang diet mentahnya.
Saya suka mencipta resipi saya sendiri dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk makan dengan lebih sihat.
Walaupun terdapat kesan buruk terhadap diet Samsonova, ramai pengikut setianya enggan mempercayai bahawa pilihan pemakanan pempengaruh itu menjadi punca kematiannya.
Sebaliknya mereka mendakwa kematiannya adalah disebabkan oleh bahan kimia di dalam buah yang dimakan.
Sementara itu, keluarga Samsonova masih menunggu laporan perubatan dan sijil kematian yang akan menentukan punca rasmi kematiannya.
BACA JUGA:
Seorang pemandu kereta larikan diri selepas meragut nyawa penunggang motosikal
Gandingan Maya Karin dan Aaron Aziz dalam iklan buat ramai rindu
Bekas orang kanan Muhyiddin dedah Seri Perdana luar nampak cantik tapi dalam teruk