Anwar jumpa MIC selesai isu salah faham UMNO

Anwar jumpa MIC selesai isu salah faham UMNO

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran esok, difahamkan berkaitan dengan dakwaan ‘layanan buruk’ UMNO ketika rundingan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri.

Perdana Menteri berkata pertemuan bersama Vigneswaran itu akan turut disertai oleh wakil ketua-ketua MIC seluruh negara bagi mengelak salah faham timbul.

Anwar jumpa MIC selesai isu salah faham UMNO

“Supaya jangan mereka salah faham. (Kita) kerja sebagai satu pasukan. Dalam DAP ada India, dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) ramai India. MIC pun ada.

“UMNO ramai Melayu, PKR pun ramai. Saudara, masa ini kita fikir selamatkan negara dan selamatkan rakyat,” katanya ketika berucap dalam satu ceramah umum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, di sini malam ini.

Dalam ceramahnya itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mendakwa, wujud usaha untuk melagakan mereka dan Barisan Nasional (BN).

Selain itu, dakwanya, wujud juga usaha untuk melagakan dirinya dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun katanya, usaha itu tidak akan berhasil kerana semangat perpaduan PH dan BN adalah kukuh.

BACA JUGA:

Jadi guru tiada nasib sebaik pelawak – Namie tak menang tangan terima job jadi penghibur ramai

Rupanya hadiah kereta Mini Cooper Bell Ngasri di beri secara spontan, netizen pertikai kenapa tak beri Mercedes Benz

Sabah tumbangkan Penang