Asap berkepok-kepok rupanya dari enam buah kilang perabot terkemuka dijilat api angkara dengki?
Sebanyak enam buah kilang perabot musnah dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku Kampung Baru Sungai Buloh pada Ahad petang.
Dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan maklumat kebakaran diterima pada pukul 4.48 petang.
Susulan itu, pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 5 petang.
Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Selayang, Damansara serta Rawang dikejarkan ke lokasi.
“Jentera pertama tiba pada 5 petang. Kebakaran membabitkan enam premis di kilang pembuatan perabot.
“Ketika ini, pemadaman sedang dijalankan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kejadian itu tular di media sosial selepas beberapa gambar dan rakaman video yang menunjukkan asap tebal dikongsi orang awam yang berada berhampiran lokasi.
BACA JUGA:
Abang Tesla dapat nikah 1 lagi, 3 jam sebelum nikah sempat pujuk isteri pertama nangis
Penduduk jumpa bulu oyen terbakar, percaya terlibat nahas pesawat Elmina
Lelaki kongsi rahsia menu unik, rupanya hari-hari makan koko crunch campur kari ayam