Aziz M Osman gagal dalam perkahwinan selepas 13 tahun bersama
Jodoh dan ajal adalah ketentuan yang maha Esa, suka ataupun tidak kita perlu reda dengan segala ketentuannya.
Terbaru, pengarah tersohor tempatan Aziz M. Osman difahamkan telah bercerai dengan isterinya Puteri Lily Lokman setelah bersama selama 13 tahun.
Menerusi hantaran IG Story bekas isterinya itu, difahamkan mereka telah pun bercerai secara rasmi pada awal bulan lalu.
“Assalamualaikum kepada ahli keluarga dan kawan rapat, ramai yang bertanya tentang status hubungan saya dengan Aziz.
Saya dengan rendah diri ingin menyampaikan berita. Secara rasminya, saya dan Aziz sudah berpisah dengan cara baik bulan lalu,” tulisnya.
Dalam perkongsian itu, Puteri Lily menyatakan punca penceraian mereka bukanlah disebabkan orang ketiga, malah perceraian itu turut tidak menjejaskan hubungan mereka serta anak-anak mereka.
“Jodoh kami ditakdirkan sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak, insya-Allah.
Alhamdulillah, Ara seorang anak yang sangat matang. Dapat terima keputusan ini dengan tenang.
Doakan anak-anak saya kuat emosi dan mental mereka. Doakan urusan kami dipermudahkan,” jelasnya.
Sebagai info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra dan Putera Muhamad Aryan.
BACA JUGA:
Senangnya nak buat duit sekarang, menyamar jadi duda terus orang bagi RM70,000
Pasangan meninggal malam jumaat selang 10 minit, sebak bila tahu amalan arwah