Bangkai babi hutan dalam kedai serbaneka ditemui

Bangkai babi hutan dalam kedai serbaneka ditemui

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pulau Pinang menembak mati seekor babi hutan selepas haiwan itu melulu masuk sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Dato Ismail Hashim di sini, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Barat Daya Kapten (PA) Salman Rahimi Manaf, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 petang dan lima anggota bergegas ke lokasi.

Bangkai babi hutan dalam kedai serbaneka ditemui

Katanya, siasatan awal mendapati pekerja lelaki kedai serbaneka berusia 21 tahun, mengalami kecederaan pada bahu kanan ketika cuba menyelamatkan diri dengan berlari keluar, sebaik babi hutan itu masuk ke dalam dari premis berkenaan.

Pelanggan di dalam premis berkenaan turut bergegas keluar menyelamatkan diri.

“Ketika tiba di tempat kejadian, didapati haiwan itu masih berkeliaran dalam premis dan dalam keadaan agresif,” katanya di sini, semalam.

Salman berkata, pihaknya dengan bantuan PERHILITAN terpaksa mengambil keputusan menembak mati haiwan itu.

“Pada mulanya, pihak PERHILITAN mahu menembak menggunakan pelali, namun berikutan ia menjadi agresif babi hutan jantan dianggarkan seberat 80 kilogram itu terpaksa ditembak mati,” katanya.

Difahamkan, babi hutan itu tersesat dan dipercayai mengalami kecederaan berdasarkan kesan darah yang ditemui sekitar kawasan terbabit.

BACA JUGA:

JDT sapu bersih juara Piala FA, Johor umum cuti

Hina kerajaan Malaysia merepek, teguk arak.Ini antara 7 perangai tak senonoh Matty Healy

Matty Healy biadap di atas pentas, “Saya diundang, itu yang kamu akan dapat” – Fahmi Fadzil mahu penganjur beri penjelasan