Bapa penoreh getah baran pukul anak hingga cedera teruk gara-gara anak kerja jurujual

Bapa penoreh getah baran pukul anak hingga cedera teruk gara-gara anak kerja jurujual

Seorang wanita mengalami luka teruk gara-gara dirotan oleh bapanya dalam satu kejadian di Kampung Melayu Raya, Segamat, Johor, pagi kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 20 tahun pada jam 12.16 tengah malam Selasa, memaklumkan mengalami luka selepas dipukul menggunakan rotan berukuran kecil.

Bapa penoreh getah baran pukul anak hingga cedera teruk gara-gara anak kerja jurujual

Katanya, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum menahan bapa mangsa yang berusia 45 tahun di kediamannya jam 2.33 pagi Selasa.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 11 pagi Isnin ketika bapa mangsa juga penoreh getah dikatakan berada di rumah.

“Ketika kejadian mangsa berada di rumah sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak merotan mangsa lebih 10 sebatan di betis, peha dan siku menggunakan rotan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera teruk,” katanya

Siasatan awal mendapati si bapa bertindak demikian kerana tidak berpuas hati apabila anak perempuan sulungnya itu mengikut saudara terdekatnya bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh, tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dulu.

Tambahnya, mangsa menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat (HDS) berikutan kecederaan serius akibat sebatan bertalu-talu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sementara itu, suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan.

BACA JUGA:

Tular keluarga kecil ini berbual guna bahasa isyarat

Prestasi ringgit kekal lebih tinggi berbanding dolar AS

KJ dah tak minat dalam dunia politik, kini tanam hasrat mahu jadi bintang filem pula