Begini rupanya cara nak lembutkan daging – Pemilik restoran dedah cara chef hotel lembutkan daging
Tekstur daging lembu yang lembut dan empuk memainkan peranan penting untuk penyediaan hidangan yang lazat.
Justeru pelbagai kaedah kreatif pernah diaplikasikan mereka yang aktif di dapur untuk melembutkan daging.
Namun, perkongsian seorang pemilik restoran dikenali sebagai Pak Man bakal mengubah segalanya.
Pak Man dalam satu video di TikTok mengemukakan dua tip yang unik dan eksklusif untuk memudahkan serta mempercepatkan proses melembutkan daging.
Kaedah melembutkan daging lembu dengan menggunakan serbuk penaik.
1. Gunakan serbuk penaik
Mula-mula, daging itu perlu dipotong dadu. Kemudian taburkan serbuk penaik (baking soda) ke atas daging tersebut.
2. Gunakan cuka makanan
Jika tidak mahu menggunakan serbuk penaik, cuka makanan juga dapat membantu untuk mencapai objektif yang sama.
Seperti teknik yang pertama, daging itu harus dipotong dadu. Seterusnya, siram cuka ke atas daging tersebut.
“Selepas diperap nanti, cuci dulu betul-betul daging ini sampai bersih sebelum dimasak. Insya-Allah apabila dimasak nanti, ia cepat lembut.
“Kaedah yang saya kongsi ni semua kaedah hotel, sudah dibuktikan keberkesanannya,” kata Pak Tam.
BACA JUGA:
Kerajaan beri berita baik kepada pesawah, harga dari RM360 per tan naik RM500 per tan
Exco Kelantan terus buat kerja sejurus isteri Youtuber terkenal mengadu air kotor 6 bulan