Belum habis solat azan sedang berkumandang, ramai musykil sah atau tidak?

Azan bertujuan untuk memberitahu bahawa telah masuknya waktu solat fardhu. Jadi apa hukum solat ketika azan sekiranya seseorang itu tidak sempat menunggu sehingga habis?

Adakah solat tersebut sah atau sebaliknya? Ikuti penjelasan lanjut oleh Mufti Wilayah Persekutuan di bawah. Selamat membaca!

HUKUM SOLAT KETIKA AZAN

Belum habis solat azan sedang berkumandang, ramai musykil sah atau tidak?

Melaungkan azan sebelum masuk waktu solat dengan sepakat para fuqaha’ (Ijma’) kerana ini boleh menyebabkan keraguan. Ini bermakna tidak sah dan tidak harus untuk melakukan tindakan tersebut.

Walau bagaimanapun perkara ini dikecualikan pada azan subuh yang pertama yang dilaungkan pada setengah malam. Ini disebabkan kerana azan Sunnah.

Berbalik kepada hukum solat ketika azan, antara syarat sah menunaikan solat adalah suci daripada hadas, najis, menutup aurat, masuk dan mengadap kiblat.

Selain itu cara mengetahui masuknya waktu solat adalah dengan cara berikut:

1. Mengetahuinya dengan yakin iaitu berpegang kepada dalil yang nyata seperti melihat terbenamnya matahari.

2. Ijtihad iaitu berpegang kepada dalil kukuh yang mempunyai petunjuk tidak langsung seperti bayang-bayang atau dengan mengukur lama masa bekerja.

3. Taqlid. Sekiranya tidak mungkin mengetahui masuk waktu dengan yakin atau ijtihad seperti tidak tahu tentang waktu-waktu solat dan dalil-dalilnya, dia hendaklah bertaqlid sama ada kepada orang yang mengetahuinya melalui dalil-dalil yang nyata atau kepada seseorang mujtahid yang berpegang kepada dalil-dalil yang kukuh.

Jadi kesimpulannya, mengerjakan solat ketika azan berkumandang adalah sah kerana itu merupakan tanda telah masuk waktu. Namun lebih afdal sekiranya menunggu sehingga habis azan.

Menunaikan solat selepas azan membolehkan anda melakukan perkara sunat ketika azan berkumandang seperti menjawab azan, berselawat dan memohon doa kepada Allah SWT. Ini bermakna boleh memperoleh ganjaran daripada Allah SWT.

BACA JUGA:

Tuala terkena air mani selepas mandi, adakah dikira najis? Ini jawapannya

Sensara terkena gigitan serangga? Ini petua legakan rasa gatal yang mujarab!

Wanita sarat mengandung maut selepas mengidam makan di restoran, malang tak berbau motosikal langgar anjing