”Belum mula lagi dah kena karma”, niat bakar rumah jiran tergendala bila separuh badan melecur semasa simbah minyak

Hasrat seorang pemuda untuk membakar rumah jirannya tidak kesampaian apabila dia mengalami kecederaan parah akibat dijilat api ketika ingin menyimbah minyak petrol ke rumah tersebut.

Kejadian yang berlaku di Chonburi, Thailand itu berpunca daripada ketidakpuasan hati seorang lelaki bernama Net Anantakul, 47, terhadap bunyi bising serta bau busuk yang datang dari rumah jirannya.

Namun begitu, lain pula jadinya apabila Anantakul terkena simbahan petrol sekaligus membakar dirinya sendiri tanpa sengaja.

”Belum mula lagi dah kena karma”, niat bakar rumah jiran tergendala bila separuh badan melecur semasa simbah minyak

Terkejut dengan kejadian yang menimpanya itu, Anantakul terus melarikan diri ke rumahnya dan mengalami luka di bahagian muka, lengan dan kaki.

Sementara itu jiran kepada Anantakul, Siriporn Homsaen yang terkejut dengan kebakaran yang berlaku terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak bomba bagi membantu memadam kebakaran.

Sehingga ke hari ini, pihak polis melakukan siasatan dan masih belum ada kenyataan lanjut mengenai kejadian tersebut.

BACA JUGA:

Tak masuk akal, Peminat hadiahkan Shah Rukh Khan sebidang tanah di bulan

”Duda, bujang semua tak laku. Laki orang yang di gilakan” – Rozita Che Wan geli dengan sikap perempuan zaman sekarang

Malang tak berbau! Remaja lelaki mahu isi minyak tapi digilis treler