Berpolitik tak gunakan akal sampai Kerabat Diraja pun dipetik..Ini melampau
Manipulasi titah Sultan Perak demi raih sokongan PRN, Pemimpin Wanita Pas ditangkap Polis
Difahamkan muslimat PAS yang membuat tiktok mengenai titah Sultan Perak tempoh hari telah ditangkap oleh pihak polis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan.
Berpolitik ni biarlah ada sempadannya. Nak bergaduh, bergocoh sekalipun, pastikan jangan libatkan pihak yang tidak sepatutnya khususnya Institusi DiRaja.
Manipulasi titah Sultan Perak demi raih sokongan PRN, Pemimpin Wanita Pas ditangkap Polis
Orang politik bergaduh dengan orang politik saja sudahlah.
Institusi DiRaja mesti dipelihara dari sebarang tohmahan dan persepsi politik kerana kedudukan mereka di atas politik.
Mereka mesti kekal dilihat sebagai payung rakyat dan negara tanpa mengira batasan kaum, agama dan politik supaya kedudukan mereka kekal dihormati oleh rakyat dari sebarang tohmahan.
Jadi apabila PAS “memanipulasi” titah Sultan Perak untuk kempen politik mereka, mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah menghina dan mencemar kemuliaan institusi DiRaja itu sendiri.
Lebih buruk lagi apabila titah Baginda pada 2013 tersebut tidak diambil secara keseluruhannya, telah diedit, lalu menimbulkan tohmahan yang tidak sepatutnya terhadap Sultan Perak.
Tindakan seperti ini secara tidak langsung telah mengheret Institusi DiRaja ke dalam medan politik dan ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan harus dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa sebagai pengajaran kepada semua pihak khususnya PAS.
BACA JUGA:
Anwar jumpa MIC selesai isu salah faham UMNO
Nak masuk syurga bukan percuma, ni peringatan terakhir Uztaz Soberi
Netizen puji sikap Atta Halilintar sabar layan isteri hamil anak kedua, siap nak melancong ke jepun