Betul ke lepas ni dah boleh guna kad credit dan debit untuk bayar Tol?
Tahu tak yang korang dah boleh bayar tol menggunakan kad kredit dan debit di Lebuhraya MEX, KESAS, dan SPRINT yang kini dalam ujian percubaan. Baru lah senang kan?
Terbaru! Menurut laporan Paultan, Lebuhraya LDP juga telah menyediakan lorong ujian percubaan bagi pembayaran tol menggunakan kad kredit dan debit.
Bayaran menggunakan kad kredit dan debit ini adalah sebagai alternatif untuk Touch N Go. Lagi senang, tak perlu nak top-up sebab dia terus tolak jer dari akaun bank.
Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan dimana sebanyak 12 plaza tol akan menyokong sistem bayaran melalui kad debit menjelang September 2023 ini.
Antara lebuhraya yang terlibat adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE).
BACA JUGA:
Hairul Azreen tak mahu berlakon lagi, Malbatt filem terakhir