Bilik anak Dato’ Siti Nurhaliza serupa hotel! Bagi inspirasi pada netizen

Bilik anak Dato’ Siti Nurhaliza serupa hotel! Bagi inspirasi pada netizen

Menerusi akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan bilik anak lelakinya, Muhammad Afwa setelah siap dihias. Cerita DS Siti, semua ini adalah hasil tangan Lentera Creative Home yang merealisasikan impian DS Siti.

Dekorasi yang kelihatan kemas dan elegant ini membuatkan bilik Afwa kelihatan sangat cantik. Setiap sudut dilengkapi dengan hiasan yang berlainan. Ada sudut gambar keluarga dan juga replika kereta mainan Afwa. Pemilihan warnanya juga sangat menarik.

Bilik anak Dato’ Siti Nurhaliza serupa hotel! Bagi inspirasi pada netizen

Sentuhan moden yang membuatkan DS Siti sendiri terlebih excited. Dapat dilihat, wajah kegembiraan DS Siti saat mula melangkah masuk ke dalam bilik Afwa. Bukan main panjang lagi ‘woww’ DS Siti tu apabila melihat ruangan yang menempatkan katil Afwa.

Tidak hanya DS Siti, Aafiyah juga happy melihat bilik adiknya ini. Afwa masih kelihatan mamai kerana baru bangun daripada tidur. Untung betul Afwa, kecil-kecil sudah punya bilik sendiri secantik ini. Tak puas melihat bilik Afwa ini, sejuk mata memandang.

Perkongsian oleh DS Siti ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Bilik dia, kalah bilik kita. Fuh cantik sangat bilik awak afwa.. Lama-lama Afwa tak nak keluar bilik camni.. ”

” Cantiknya bilik Afwa.. Lagi cantik dari bilik kita yang marhaen ni hahahaha.. Cantik sangat ni tokti.. bestnya Afwa.. ”

” Cantiknya bilik afwa.. mesti nanti ibu afwa yang check in dulu bilik ni hehe.. ibu yang excited ni.. ”

” Wah cantiknya bilik Afwa.. sejuk je mata memandang.. Lepas ni boleh lah Afwa training main drum dan tabla ya.. ”

” Afwaaa eloknya bilik dia.. rasanya malam ni ibu tidur bilik afwa haha.. cantik dan tenang tengok susun atur dia tu.. ”

” Amboi bilik abang-abang sangat ni.. Cantiknya bilik afwa kalah bilik kita hehe.. Alhamdulillah bilik afwa besar macam umh kita tau.. ”

” Besarnya bilik, fuhh.. Dah macam showroom ikea.. cantiknya bilik hero ibu ni. Redup mata memandang.. ”

Tentunya DS Siti mahukan yang terbaik untuk Afwa dan keselesaan Afwa adalah benda utama untuk ibu penyayang ini. Dapat melihat bilik Afwa pun sudah membuatkan warganet tumpang gembira. Semoga semua pembaca yang membaca juga dikurniakan rezeki untuk mendapat bilik idaman juga.

BACA JUGA:

Kebajikan wanita di naik taraf sebanyak RM235 juta – Ini penjelasan

Terbongkar strategi 99speedmart yang membuatkan banyak pasaraya besar bankrup

Kelab Arab terkenal disekat membeli pemain baru – FIFA