Britney Spears dilabel hiperseksual, didakwa curang dengan pembantu sendiri
Suami kepada Britney Spears iaitu Sam Ashgari mendedahkan penyanyi itu bersikap curang terhadapnya yang menyebabkan dia memfailkan penceraian terhadap isterinya itu.
TMZ melaporkan Ashgari mendakwa Britney menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang pembantu lelaki yang bekerja dengannya.
Ashgari mendakwa pembantu berkenaan pernah merakamkan video Britney dalam keadaan separuh bogel malah dia sudah lama merasakan ada sesuatu yang pelik dengan hubungan mereka.
Dalam pada itu, Ashgari mendedahkan Britney juga seorang hiperseksual malah penanyi itu pernah bertindak ganas ketika dia sedang tidur.
Malah mereka pernah bertengkar sehingga terpaksa dileraikan oleh pengawal keselamatan.
Beberapa hari lalu, Britney dan Asghari mengumumkan perpisahan mereka hanya selepas setahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka pada September 2021 dan melangsungkan perkahwinan di kediaman agam Britney di Los Angeles pada Jun tahun lalu.
Untuk rekod, Asghari dilihat sebagai lelaki yang sentiasa berada di sisi Britney terutamanya dalam usahanya membatalkan conservatorship yang dikenakan terhadapnya sejak 2008.
Sepanjang tempoh itu, Britney tidak mempunyai hak membuat keputusan dalam sebarang kontrak, perubatan termasuk perkahwinan sehingga arahan itu dikeluarkan pada 2021.
BACA JUGA:
Hantaran sebanyak RM222,000 – Intan Najuwa kini sah jadi isteri usahawan
Ini fakta sambutan bangsa cina yang buat korang terkejut bila tahu
Tak sangka rupanya makan dalam tempoh 8 jam sehari boleh kurus!