Calon MUDA tidak dibenarkan bertanding di Kelantan dan Kedah?
Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan 20 calon yang akan bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu, bulan depan.
Seramai 14 calonnya akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, diikuti tiga di Pulau Pinang, Negeri Sembilan (dua) dan Terengganu (satu).
Setakat ini, tiada calon MUDA yang akan bertanding di Kelantan dan Kedah.
Antara calon berkenaan adalah Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat, Abe Lim Hooi Sean, 27, (Bandar Utama); Timbalan Ketua Biro Mahasiswa dalam Jawatankuasa Eksekutif MUDA Selangor, Aida Nazeera Abd Rahman, 30, (Taman Templer); Timbalan Ketua Parlimen MUDA, Bandar Tun Razak, Noor Faralisa Redzuan (Pandan Indah).
Selain itu, usahawan, T Kalyana Rajasekaran (Bukit Gasing), Ketua Parlimen MUDA Klang, Azad Akhbar Khan (Kota Anggerik) dan Setiausaha MUDA Selangor, Zayd Shaukat Ali (Subang Jaya).
Di Pulau Pinang ialah peguam, Lim Kim Noor, 59 (Batu Uban) dan Pengerusi Pertubuhan Mendidik Komuniti dan Juruaudit bagi Majlis Belia India Malaysia (MIYC), Pulau Pinang, H Vikneswary, 36, (Perai).
Dua calon yang dipertaruh di Negeri Sembilan ialah Ketua Biro Mobilisasi MUDA Negeri Sembilan, Ahmad Qusyairi Abdull Rahim, 34, (Temiang) dan pempengaruh media sosial, Muhammad Noriswan Bin Ishak, 32, (Repah).
BACA JUGA:
Presiden Ukraine boikot perjanjian laut hitam melalui majlis NATO-Ukraine pada Rabu ini
Kejohanan Karate Asia: Trio karate negara sumbang gangsa ketiga