Cristiano Ronaldo punca Al-Nassr mara ke suku akhir Piala Juara-Juara Kelab Arab

Cristiano Ronaldo punca Al-Nassr mara ke suku akhir Piala Juara-Juara Kelab Arab

Cristiano Ronaldo meledak gol ke-840 dirinya ketika membantu kelab Arab Saudi, Al-Nassr mara ke suku akhir Piala Juara-Juara Kelab Arab semalam.

Bintang Portugal itu menjaringkan gol keduanya dalam kejohanan berkenaan ketika menentang kelab Mesir, Zamalek, selepas menamatkan kemarau jaringan pra-musim dalam kemenangan 4-1 ke atas Al-Monastir pada Isnin.

Cristiano Ronaldo punca Al-Nassr mara ke suku akhir Piala Juara-Juara Kelab Arab

Al-Nassr ketinggalan dalam aksi di Stadium King Fahd, Ta’if, selepas penyerang Zamalek, Zizo menyempurnakan sepakan penalti untuk melonjak pasukannya ke tangga kedua kumpulan.

Empat minit sebelum tamat, pemain 38 tahun itu melompat tinggi untuk menanduk bola menewaskan penjaga gol Zamalek, Mohamed Sobhi.

Ia adalah jaringan ke-300 Ronaldo menggunakan sama ada kaki kiri atau kepalanya, berbanding kaki kanannya yang lebih dominan.

Keputusan seri itu meletakkan Al-Nassr di tangga kedua Kumpulan C, dan layak ke pusingan suku akhir kejohanan.

Perlawanan semalam turut menyaksikan penampilan sulung rakan sepasukan baharu Ronaldo, Sadio Mane yang menyertai kelab Arab Saudi itu dari Bayern Munich.

Al-Nassr akan memulakan kempen liga pada 14 Ogos berdepan Al-Ettifaq – kelab yang diterajui Steven Gerrard dan bekas rakan sepasukan Mane di Liverpool, Jordan Henderson.

BACA JUGA:

Mata wang tempatan kini dibuka lebih tinggi berbanding dolar

“Pakcik ni bukan niaga tapi ni sedekah” Keikhlasan seorang pakcik jual makanan harga RM5

Ingatkan susah nak buat Tauhu Begedil ni rupanya mudah – Wanita kongsi cara paling mudah dan sedap