Datin Intan Najuwa tak kekok, tunjuk aksi memasak raih perhatian netizen, “Pandai masak, lawa, berpendidikan. Semuanya lengkap”

Sejak kebelakangan ini nama Datin Intan Najuwa menjadi perhatian netizen dalam media sosial apabila tular video masakan untuk suaminya yang kurang sihat.

Sejak mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos lalu, rata-rata peminatnya ingin mengetahui kisah kehidupannya yang kini bergelar isteri.

Video memasak sup ikan untuk suami tercinta, Datuk Ahmad Asraf Azman menular di sosial media dan ramai minta resipi sup jenahak daripada pelakon pemburu rahsia itu.

Datin Intan Najuwa tak kekok, tunjuk aksi memasak raih perhatian netizen, “Pandai masak, lawa, berpendidikan. Semuanya lengkap”

Tidak mahu menghampakan permintaan ramai, dia seterusnya berkongsi resipi dalam ruangan komen sehingga meraih lebih 100,000 tanda suka.

Ramai memujinya sebagai isteri idaman para lelaki kerana ada pakej lengkap bukan sahaja cantik malah pandai menguruskan rumah tangga.

Malah, pelakon wanita yang berusia 26 tahun itu kelihatan begitu lincah dan langsung tidak kekok ketika sedang beraksi di dapur tanpa bantuan orang lain.

Tular di media sosial, rakaman aksi memasak Intan itu dikongsi oleh pelakon tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

“Serba boleh betul! Cantik pandai masak pandai jaga perut suami. Susah nak cari macam ini,” komen netizen.

“Pandai masak, lawa, berpendidikan. Semuanya lengkap,” kata Jaja.

“Masak pun cantik ya. Kalau aku, macam lintah masuk dapur,” kata seorang lagi pengguna.

Kepada yang ingin mencuba, ini resepinya:

-Rempah kayu manis bunga lawang , buah pelaga (3 sekawan)
-Bawang merah, putih, halia, serai, blackpepper.
-Tumis sampai wangi masuk kan air.
-Akar daun ketumbar & daun ketumbar
-Masuk asam keping , garam.
-Masuk kan ikan & tomato
-Siappppppp!

Tidak sangka ya ramai juga peminat Datin Intan Najuwa!

BACA JUGA:

Tuan badan buka mulut, “Saya mengaku salah” bukan semua cerita benar – Marissa Dania

Kenapa tahi cicak warna hitam putih? ini satu fakta menarik yang perlu anda ketahui

Mimi Lana bongkar rahsia isu masalah, “Saya tak pernah kacau hidup orang…”