Detik cemas warga emas tak sedar digigit buaya, “Saya ingatkan toman yang gigit”

“Mak cik ingatkan (ikan) toman gigit kaki sebab memang ada toman besar di situ. Bila menyelam dan terpegang muncung dan hidungnya…baru mak cik tahu ia adalah buaya,” ujar warga emas, Nurkaisa Ausad, 65, yang nyaris maut dibaham buaya.

“Sebaik mula menimba air dari dalam perahu, kaki kanan saya yang terjuntai di dalam air disambar sesuatu dan ditarik ke dalam sungai.

“Mujur saya sempat memegang tali bot dengan kuat hingga buaya itu tidak dapat mengheret saya ke tengah sungai.

Detik cemas warga emas tak sedar digigit buaya, “Saya ingatkan toman yang gigit”

“Dalam kesakitan itu mak cik mengendurkan sedikit tali perahu dan menyelam sebelum terpegang bahagian hidung buaya itu.

“Mak cik pegang sekuat hati bahagian hidung buaya itu dan meronta-ronta hingga ia melepaskan gigitan,”

Nurkaisa berkata, dia kemudian menendang buaya itu bersaiz besar itu sebelum berenang naik ke perahu dan menjerit meminta tolong.

“Akibat gigitan buaya itu, mak cik cedera dari bahagian tumit hingga keting. Malah pembedahan terpaksa dilakukan kelmarin susulan kecederaan dialami.

“Sama ada serik atau tidak untuk mencari udang galah lagi, saya tidak pasti,” katanya yang kematian suami sejak sembilan dan mempunyai empat anak.

BACA LANJUT:

Ibu tak ada hati perut saksi anak gadis dirogol suami baru

Pelanggan kembang tekak bila tengok mangkuk mi celup, “Rasa nak tolong sental guna clorox”

Netizen lelaki mahu jadikan Abang Tesla idola, idam peluk 2 wanita macam Abang Tesla