”Dia tahu dia tak boleh menang tapi…”, Tindakan cikgu iring pelajar OKU berlari guna tongkat undang sebak netizen

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menyebabkan ramai warganet sebak kerana video tersebut memaparkan seorang guru yang setia menemani seorang pelajar istimewa kelainan upaya (OKU) yang berlari menggunakan tongkat ketika acara sukan.

Video yang berdurasi selama 48 saat itu telah dikongsikan di platform TikTok oleh seorang individu yang dikenali sebagai faridkamaruddin18.

Dalam video terbabit, dapat dilihat pelajar OKU itu menyertai sukan larian bersama beberapa lagi orang pelajar lain namun hanya dia seorang sahaja yang bertongkat.

”Dia tahu dia tak boleh menang tapi…”, Tindakan cikgu iring pelajar OKU berlari guna tongkat undang sebak netizen

Bukan hanya kegigihan dan kecekalan pelajar tersebut yang tetap berlari telah mendapat pujian netizen, malah tindakan seorang guru wanita yang turut sama berlari sehingga ke garisan penamat bagi memberi semangat kepada pelajar itu juga turut dipuji netizen sehingga ada yang kata mereka sebak melihat video itu.

BACA JUGA:

Ryan Bakery dedah pekerjaan sebenar sebelum digelar content creator, tak sangka rupanya dia…

Ramai tak tahu ‘power food’ boleh buat sendiri dekat rumah, banyak manfaat jika amalkan

Tak tahu nak tengok cerita apa cuti sekolah ni? Ini senarai filem terbaik Netflix yang wajib korang tengok