Didie Alias sebak kawan baik jalin hubungan songsang, letih nasihat tak jalan

Didie Alias sebak kawan baik jalin hubungan songsang, letih nasihat tak jalan

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan seorang pelawak wanita dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang pengkid dan beberapa kali videonya bersama ‘kekasih hati’ berlegar-legar di aplikasi TikTok.

Menangis ulas isu rakan pelawak
Menerusi perkongsian daripada Melodi, rakan kepada pelawak wanita terbabit iaitu Didie Alias telah mengeluarkan kenyataan sehingga dilihat begitu sebak ketika mengulas mengenai rakan baiknya itu.

Didie Alias sebak kawan baik jalin hubungan songsang, letih nasihat tak jalan

Walaupun tidak dinyatakan individu terbabit, namun menerusi ucapannya dapat dilihat yang mereka begitu rapat sebelum ini.

Dah tak mahu dengar nasihat
Berdasarkan apa yang diperkatakan Didie Alias, pelawak berkenaan seolah-olah sudah banyak kali melakukan perkara tersebut dan seperti tidak mahu lagi mendengar nasihat daripada rakan-rakan.

Pelakon drama Presiden Kampung Morten itu juga menyatakan yang dirinya tidak mahu mencari dan mengaibkan temannya itu lagi dengan mengungkit sebarang hal yang pernah terjadi sebelum ini.

“Dia yang mengaibkan diri sendiri, orang dah dilamun cinta macam-macam dia lakukan dan tanpa sedar cara kehidupan tu salah,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah binti Mohd @ Ali dengan linangan air mata mengatakan akan tetap mendoakan agar rakan baiknya itu kembali ke pangkal jalan.

BACA JUGA:

Aziz M Osman gagal dalam perkahwinan selepas 13 tahun bersama

Gadis ‘spill tea’ identiti lelaki miang baru kenal terus kena paksa hisap kemaluan, buah dada diramas

Senangnya nak buat duit sekarang, menyamar jadi duda terus orang bagi RM70,000