Dua lelaki maut ketika lumba berenang, hasrat jadi Ironman terkubur

Dua lelaki maut ketika lumba berenang, hasrat jadi Ironman terkubur

Dua lelaki maut ketika bertanding dalam acara Ironman di Republik Ireland, pada 20 Ogos.

Kedua mereka yang berusia lingkungan 40-an dan 60-an mengambil bahagian dalam acara Ironman 70.3 di Youghal, timur Cork yang telah ditangguhkan dari hari Sabtu kerana Ribut Betty sebelum meninggal dunia dalam segmen renang triatlon.

Dua lelaki maut ketika lumba berenang, hasrat jadi Ironman terkubur

Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan ratusan pesaing bergelut untuk mengharungi ombak untuk permulaan berenang sejauh 1.9km.

Kedua-dua lelaki itu dikeluarkan dari air oleh perkhidmatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan.

Mereka adalah antara beberapa ribu pesaing yang memasuki air di Front Strand di Youghal.

Terdahulu acara sejauh 70.3 batu terpaksa ditangguhkan berikutan Storm Betty namun telah dijadualkan semula pada 20 Ogos bersama-sama dengan acara utama Ironman.

BACA JUGA:

Kantoi! Pelawak terkenal Jep Sepahtu ada ‘OCD’, makan karipap guna sarung tangan plastik

Isteri akui silap tak dengar kata suami, habis semua makanan penuh confetti

Heboh! Diana Danielle buat hidung undang perhatian netizen