Dua pegawai pasukan seragam dan kuncu-kuncunya telah diberkas SPRM

Dua pegawai pasukan seragam dan kuncu-kuncunya telah diberkas SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan menahan tiga individu, termasuk dua pegawai pasukan berseragam, kerana disyaki menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk tujuan membuat tuntutan tugasan rondaan berjumlah lebih RM100,000.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Labuan kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Dua pegawai pasukan seragam dan kuncu-kuncunya telah diberkas SPRM

Menurut sumber, kesemua suspek itu yang bertugas di Labuan dan Tawau, dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2019.

Sementara itu Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

BACA JUGA:

Fizz Fairuz ajak PU Syed tonton Mat Tudung Begins – Ini respon padu PU Syed

Angkara makan durian & nangka selama 7 tahun, influencer terkenal mati kebuluran

Seorang pemandu kereta larikan diri selepas meragut nyawa penunggang motosikal