Fatin Afeefa selamba tunjuk duit ‘berkepok’ ikat pakai getah, netizen risau jadi sasaran peragut

Fatin Afeefa selamba tunjuk duit ‘berkepok’ ikat pakai getah, netizen risau jadi sasaran peragut

Gelagat pelakon Fatin Afeefa ketika beg tangan jenama Chanel miliknya diselongkar oleh seorang individu menjadi tumpuan ramai apabila dia membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak.

Pelakon berusia 29 tahun itu sebelum itu berkongsi barang yang dibawa dalam beg tangannya seperti ubat-ubatan, resit dan pin tudung yang kelihatan biasa bagi golongan wanita.

Fatin Afeefa selamba tunjuk duit ‘berkepok’ ikat pakai getah, netizen risau jadi sasaran peragut

Namun wang tunai yang dibawa bukan sahaja mencuri perhatian tetapi ia hanya diikat menggunakan getah.

“Saya tak ada dompet, semua duit saya ikat dengan getah.

“Ulang tahun kelahiran saya bulan tujuh, kalau nak hadiah boleh beri dompet,” katanya menerusi video tersebut yang dimuat naik di Instagram.

Sementara itu, Fatin sempat menunjukkan cincin perkahwinan dan jam tangan mewah miliknya namun enggan mendedahkan harganya kepada umum.

Sebaliknya pelakon itu yakin netizen dapat membuat carian di Google untuk mengetahui nilainya.

“Jam boleh Google, jangan rompak saya!,” katanya lagi.

Ditanya mengenai penampilan baharunya yang sudah mengenakan hijab, Fatin bagaimanapun enggan bercakap mengenai perubahan tersebut.

Menjengah ke ruang komen, peminat meluahkan rasa bimbang sekiranya pelakon itu menjadi sasaran penjenayah selepas mendedahkan isi kandungan beg tangannya kepada umum.

Peminat meluahkan rasa bimbang apabila Fatin membawa wang tunai yang banyak dalam beg tangannya.

“Bahaya Fatin pakai beg macam itu, bila-bila masa orang boleh rentap. Mesti jadi mata-mata kaki ragut nanti.

“Hati-hati Fatin, duit tunai banyak sangat tu. Orang tahu dia berduit,” komen netizen.

Bagaimanapun, di sebalik kebimbangan peminat, ada juga meluahkan rasa gembira dengan perubahan imejnya dan memuji kejelitaan Fatin sejak menutup aurat.

BACA JUGA:

Tular! wanita leka main telefon bimbit hingga tak perasan eskalator berhenti – Bahaya main telefon bimbit semasa berjalan

Doktor gigi swasta jumpa calon isteri! gara-gara iklankan diri di sosial media

Heboh gelagat seorang budak perempuan menangis gara-gara separuh pintu farmasi ditutup “Ibu… ibu.. ibu!”