Kemeriahan Festival Filem Antarabangsa Venice ke-80 tercemar apabila pelakon asal Sepanyol ditahan pihak berkuasa selepas dikehendaki atas tuduhan melakukan serangan seksual.
Gabriel, 22, ditahan pihak berkuasa Itali sehari sebelum dia bakal menerima trofi Pelakon Baharu Terbaik menerusi lakonan mantapnya menerusi filem My Fault.
Bagaimanapun pihak penganjur membatalkan kemenangannya itu selepas mendapat khabar pelakon itu ditahan pihak berkuasa.
The Hollywood Reporter melaporkan pelakon itu mempunyai waran tangkap antarabangsa susulan dituduh melakukan serangan seksual di Perancis.
Gabriel ketika ini masih dalam tahanan polis di Itali sementara menanti mahkamah membuat keputusan berhubung proses ekstradisi terhadapnya dimulakan.
Pihak penganjur festival itu turut mengesahkan penahanan Gabriel.
Untuk rekod, Gabriel yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial membuat kemunculan sulung menerusi drama bersiri Nardic Skam sebelum menempa populariti dalam filem My Fault yang ditayangkan menerusi platform Amazon.
BACA JUGA:
Suami nafi lafaz taklik cerai isteri andai Anwar kekal jadi PM
Kucing selamatkan tuannya dari sihir,”Maafkan mommy, Todd yang jadi mangsa”