Filem Vik2ria Secret satu kerugian bagi FINAS – Labur lebih setengah juta, tapi hanya mampu raih RM5,000
Filem komedi arahan A.R. Badul yang bertajuk Vik2ria Secret telah ditayangkan pada 15 Jun 2023 dan dibintangi oleh Annie, Ropie Cecupak, Badul, Man Raja Lawak, Farez Adnan, Fiza Halim, Wan Gegau dan Keena Mentor.
Filem ini menjadi bualan ramai apabila selepas beberapa minggu ditayangkan hanya mampu meraih kutipan sebanyak RM 5,058 sahaja dengan jumlah penonton 346 orang dan difahamkan menerima dana daripada FINAS sebanyak RM 550,000.
Kos pembikinan filem ini dikatakan mencecah hingga RM1.05 juta dan jumlah kutipan diraih tidak setimpal. Hal itu menjadi perhatian orang ramai dan netizen turut mempersoalkan bagaimana filem itu terima dana tetapi tidak ‘perform’.
Malah, para netizen juga mengatakan sepatutnya dana tersebut diberikan kepada mereka yang mahu memajukan industri seni tempatan bukannya menghasilkan karya tidak memberi keuntungan.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mencadangkan agar pihak kementerian merombak balik jawatankuasa jabatan itu dan mahu lebih teliti dalam pemilihan skrip serta naskah yang dipilih.
BACA JUGA:
Viral mak nyah dan pengkid disatukan sebagai suami isteri lepas 5 hari kenal
Genap 9 tahun tragedi MH17 masih belum selesai – Waris tetap mahu keadilan