Luluh hati seorang wanita apabila impian untuk melihat momen paling bermakna dalam hidup sahabatnya tidak kesampaian.
Menurut Quirratul, dia tidak boleh masuk ke dalam Masjid Saidina Umar Al-Khatab, di Sungkai, Perak kerana sedang haid.
“Saya menangis sebab sedih sangat masa kawan baik sendiri akad nikah saya tak ada di sisi dia. Sepatutnya saya jadi pengapit yang duduk sebelah dia.
“Tapi saya tak boleh masuk ke dalam masjid sebab datang bulan sehari sebelum dia akad nikah. Nak tengok dari luar pun tak boleh sebab masjid dekat sini jenis tertutup.
“Tapi mujurlah teknologi masjid dah moden sikit berbanding dahulu. Mereka pasang speaker kuat jadi saya yang duduk dekat luar boleh dengar dengan jelas apa berlaku dekat dalam tu,” katanya.
BACA JUGA:
Wanita jadi gila lepas ‘break up’ dengan boyfriend, tak mahu terima kenyataan
Wanita Malaysia terkandas di Hospital Barli, tak sangka boleh kena penyakit ni masa tengah bercuti
Ibu luah rasa sebak tengok busana Hari Malaysia anak, meninggal sebelum bertanding