Gadis kongsi rahsia cantik kena makan burung merpati, betul ke? Ini penjelasannya

Setiap wanita kebanyakkannya pasti mendambakan memiliki kecantikan kulit yang semulajadi dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kecantikan mereka agar lebih berkeyakinan.

Ada yang juga yang sanggup menghabiskan wang ringgit dan buat apa-apa sahaja bagi memastikan diri mereka kekal cantik dan bergaya.

Tips nak cantik, makanlah burung merpati
Terbaharu, tular sebuah ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna platform X dikenali Dee Lana yang ‘berseloroh’ mengenai tips kecantikannya sehingga menjadi bualan ramai warganet.

Gadis kongsi rahsia cantik kena makan burung merpati, betul ke? Ini penjelasannya

Mana tidaknya, wanita itu menyatakan antara salah satu tips untuk menjadi cantik adalah dengan memakan burung merpati yang dimasak goreng kunyit selain menggambarkan betapa nikmatnya jika juadah tersebut dihidangkan ketika cuaca sejuk (hujan).

Tak elok makan burung merpati
Bagaimanapun, hantaran itu menerima banyak respon negatif di mana mereka berpendapatan haiwan tersebut tidak sesuai untuk dimakan kerana ia diumpamakan seperti seekor tikus bersayap.

Tak salah pun makan burung merpati peliharaan ayah
Wanita berkenaan tampil menjelaskan burung tersebut bukanlah sejenis haiwan liar yang mereka sangkakan kerana ia adalah peliharaan bapanya.

Malah, ia juga menjadi santapan buat mereka seisi keluarga sejak dari kecil lagi.

Malah, burung tersebut dipelihara sejak ia menetas dari telur lagi dan dirinya pasti geli jika memakan burung merpati dari sebarangan tempat.

Dalam pada itu, wanita terbabit menjelaskan kapsyen yang ditulis itu hanyalah sekadar seloroh sahaja dan tidak perlu diambil serius.

Kena bezakan merpati liar dan pelihara

BACA JUGA:

Dah selalu kemas pun bau tak hilang-hilang! Ketahui 4 cara wangikan rumah anda

Akhirnya ramai tak sabar nak tengok 2 sejoli ni! Dahlia Rizal sah isteri Imran Aqil

KPM akan ambil tindakan atas guru jadikan murid sebagai ‘content’ di media sosial