Gadis tak pernah sangka akan jadi duta pelancongan Jordan

Gadis tak pernah sangka akan jadi duta pelancongan Jordan

Fasih bertutur dalam bahasa Arab memberi satu kelebihan buat gadis Pesona Ahad minggu ini apabila dilantik sebagai duta pelancongan Jordan.

Selain bahasa Arab, penuntut lepasan Universiti Yarmouk dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan ini juga petah bertutur Mandarin dan Sepanyol.

Gadis tak pernah sangka akan jadi duta pelancongan Jordan

Nadia Soffia Abdul Aziz atau lebih dikenali Nadia, 22, yang bercita-cita menjadi guru mempunyai kelebihan tersendiri apabila boleh bermain piano, selain bergiat cergas dalam bidang sukan dengan bemain bola tampar di univerisiti.

Dia seorang yang aktif dan berkeyakinan tinggi dalam setiap apa yang diceburinya dalam hidup termasuk menjadi seorag pempengaruh media sosial.

Ahad, gadis kelahiran Johor ini berkongsi cerita termasuk latar belakang dirinya.

GADIS manis ini turut aktif dalam bidang sukan.
Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan mengenai diri dan pendidikan?
Saya mendapat pendidikan di Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh, Negeri Sembilan dan boleh berbicara dalam bahasa Arab. Kini, lepasan Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang kuliah Bahasa Arab dan Kesusasteraan.

Ceritakan kebolehan diri?
Saya suka mempelajari bahasa. Saya seorang yang suka fe­syen, bermain piano dan mengikuti misi bantuan. Saya juga seorang atlet sebagai pemain bola tampar untuk pasukan di universiti.

Pengalaman tidak boleh dilupakan?
Tahun lepas, saya pernah dijemput ke satu majlis iftar bersama pelajar Malaysia di Jordan dan tiba-tiba, saya ditemu ramah secara spontan oleh rancangan berita di Jordan Royal News. Rasa gementar, tetapi alhamdulillah, tiga tahun di Jordan, ia mengajar saya lebih memahami cara berkomunikasi dengan penduduk temptan.

Bagaimana terinpirasi untuk menjadi pempengaruh?
Saya terinspirasi kerana berfikiran melalui platform mencipta kandungan ini walaupun agak penat, tetapi dari sudut positif ia mendatangkan kebaikan. Hasilnya Jordan Tourism Board membuat tawaran kepada saya mempromosi Jordan sebagai duta dalam trip melancong ke negara tersebut.

Apakah impian anda?
Impian saya ingin menjadi seorang guru yang memberi inspirasi kepada pelajar, di samping menjadi pencipta kandungan dan pempengaruh yang ada nilai kualiti yang bagus pada masa depan.

Pilihan teman hidup idaman anda?
Soal teman hidup nanti, cukup sekadar yang bijak memahami saya, penyabar, romantik dan berbudi bahasa.

BACA JUGA:

Wanita kantoi berkhalwat dengan remaja 16 tahun, rupa-rupanya rakan baik anak sendiri!

Kalau nak lantai kilat macam cermin, jangan pernah tinggal 5 petua ini!

Sering muncul spekulasi hubungan dengan wanita lain, Aliff Aziz jawab semua tuduhan