Gara-gara perkahwinan terbatal, Iskandar Rahman nekat turun berat badan raih perhatian netizen

Pempengaruh, Iskandar Rahman mendedahkan perkahwinan yang terbatal pada Oktober tahun lalu merupakan faktor yang mendorongnya untuk menurunkan berat badan.

Iskandar atau nama sebenarnya Muhammad Iskandar Abdul Rahman, 28, memaklumkan bahawa kekecewaan yang dialaminya itu dijadikan sebagai satu pembakar semangat untuknya memulakan gaya hidup yang lebih sihat.

Bagi saya penjagaan makanan tersangatlah penting. Saya kurangkan gula, minyak dan makanan segera, sebaliknya banyak makan real food dan lebihkan protein dalam pemakanan.

Gara-gara perkahwinan terbatal, Iskandar Rahman nekat turun berat badan raih perhatian netizen

Sebenarnya, apa yang mendorong saya untuk menurunkan berat badan juga adalah apabila saya tak jadi berkahwin.

Disebabkan kekecewaan itu saya jadikan pembakar semangat untuk mulakan perjalanan menurunkan berat badan. Ia juga memotivasikan diri untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Alhamdulillah, sampai sekarang jumlah penurunan lebih 40kg.

Sementara itu, Iskandar seakan memilih untuk menyalahkan dirinya sendiri atas keputusan yang dibuatnya itu di samping menganggap dirinya dan bekas tunang tidak mempunyai jodoh.

Sebulan lagi nak kahwin, saya putuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan. Saya anggap tak ada jodoh antara kami. Dalam masa sama, saya menyalahkan diri sendiri juga. Sebab ketika itu saya lebih sayangkan orang lain daripada diri sendiri.

Jadi, sepanjang perjalanan menurunkan berat badan ini, Alhamdulillah saya jumpa diri yang sebenar-benarnya. Apa yang memotivasikan saya adalah sayang diri sendiri dengan cara menjaga fizikal badan dan penampilan yang baik secara berterusan,” katanya.

Selepas hampir setahun mengamalkan gaya hidup sihat, Iskandar mendedahkan kini dia mendapat respon yang sangat positif dari orang sekelilingnya.

BACA JUGA:

Wanita kongsi 17 petua untuk tambah skill memasak, barulah power!

Warga TikTok puji Abdur Rahman tak lekang senyuman dalam live, ramai pakat bagi gift

Ziana Zain gelak besar, betul ke Ziana Zain sah dapat gelaran Datuk?