Gilakan Rapunzel sampai nak tiru, sanggup tak potong rambut sejak tahun 1990

Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah dalam Rekod Dunia Guiness (GWR) kerana memiliki rambut potongan mullet (rambut pendek di bahagian depan) terpanjang.

Tami Manis dari Tennessee tidak menggunting rambutnya sejak 1990.

Dalam tempoh 33 tahun, rambutnya tumbuh dan memanjang sehingga 172.72 sentimeter (sm).

Gilakan Rapunzel sampai nak tiru, sanggup tak potong rambut sejak tahun 1990

Wanita berusia 58 tahun itu mendapat ilham untuk menyimpan rambut sepanjang itu pada 1980-an.

Ia selepas dia melihat video oleh penyanyi, Til Tuesday yang dipanggil Voices Carry.

“Penyanyi itu memiliki salah satu potongan rambut yang saya mahukan,” katanya.

Sebelum mula menyimpan rambut itu, Tami pernah memotong rambutnya pada 1989 selepas diyakinkan oleh seorang tukang gunting rambut, namun menyesali keputusannya itu.

Dia kemudian nekad menyimpan semula rambut pada 9 Februari 1990 yang menjadi hari ulang tahun rasmi rambutnya.

“Saya bersyukur dengan rambut saya yang direkodkan sebagai terpanjang di dunia. Saya sangat gembira,” katanya.

BACA JUGA:

Mitos! minum air masak tak boleh kurangkan gula dalam badan, ini cara sebenar buang gula dalam badan yang perlu anda ketahui

Jasamu tidak ternilai, semua orang patut berbangga dapat pekerjaan mulia ni

Rimas rambut gugur banyak? Cuba tips ni, lagi berkesan dari pergi ke pakar