Gudang mercun di Thailand meletup, tiada rakyat Malaysia terbabit

Gudang mercun di Thailand meletup, tiada rakyat Malaysia terbabit

Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla mengesahkan tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan terbabit dalam insiden letupan gudang mercun di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, hari ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan malam ini memaklumkan berdasarkan laporan awal, letupan itu berlaku di gudang penyimpanan bunga api dan mercun yang telah menyebabkan sembilan kematian dan 114 orang mengalami kecederaan.

Gudang mercun di Thailand meletup, tiada rakyat Malaysia terbabit

“Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden berkenaan.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +6674311062 atau +66936570707 (untuk kecemasan) atau melalui e-mel [email protected] dan sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Gabenor Narathiwat Sanan Pongaksorn dilaporkan berkata letupan pada jam 3.30 petang (waktu tempatan) itu berlaku di Pasar Mundok, destinasi beli-belah popular bagi rakyat Malaysia.

BACA JUGA:

Penjawat awam dan pesara boleh claim RM300 – Anwar

Korang tahu akaun astro boleh terminate tanpa caj tertunggak? Ini cara yang betul

Melaka dilanda ribut taufan, 15 buah rumah terbang bersama