Guru tadika kena kecam sebab ajar murid menari ‘twerk’ dalam kelas

Guru tadika kena kecam sebab ajar murid menari ‘twerk’ dalam kelas

Pelayar media sosial meluahkan rasa berang susulan penularan video memaparkan seorang guru tadika di Thailand yang mengarahkan kanak-kanak melakukan tarian ‘twerk’ di dalam kelas.

Rakaman itu pada mulanya dikongsi menerusi akaun media sosial guru berkenaan, namun ia kemudiannya disebarkan oleh individu lain sehingga menjadi topik bualan ramai.

Guru tadika kena kecam sebab ajar murid menari ‘twerk’ dalam kelas

Menerusi video itu, ia pada awalnya memaparkan beberapa kanak-kanak yang sedang berlatih untuk persembahan sekolah.

Tidak lama kemudian, guru itu mengajar murid-muridnya untuk melakukan tarian ‘twerk’ yang memerlukan mereka membuat pergerakan provokatif menggunakan punggung dan pinggul.

Video itu mencetuskan gelombang kritikan mengenai sifat tarian tersebut yang dianggap tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Selebriti popular Mario Maurer turut menyelar perbuatan guru itu yang disifatkan gagal mendidik kanak-kanak mengikut kesesuaian umur mereka.

“Guru harus mengajar kanak-kanak untuk menyatakan diri mereka dengan sewajarnya dengan usia mereka. Jangan hanya pertimbangkan hiburan,” ujarnya.

BACA JUGA:

Sebab degil pakai helmet, rider ditembak polis

Neymar sedia julang piala dengan Al-Hilal

Tular tomboi cari amoi sampai tempat kerja, semata-mata mahu peluk dan raba – “Bukan takut tapi geli”