Guru wanita terpedaya dengan ‘love scam’ hingga rugi RM142,080

Guru wanita terpedaya dengan ‘love scam’ hingga rugi RM142,080

Seorang wanita yang bekerja di sebuah institusi pendidikan di negeri ini ‘berputih mata’ apabila kerugian RM142,080 selepas menjadi mangsa jerat percintaan sindiket ‘scammer’.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa berusia 40-an berkenalan dengan suspek tersebut yang menyasarkan wanita bujang dan berkerjaya pada penghujung Mac lalu.

Guru wanita terpedaya dengan ‘love scam’ hingga rugi RM142,080

“Suspek berkenaan menghubungi mangsa melalui aplikasi Messenger terlebih dahulu sebelum hubungan antara mereka menjadi semakin erat menerusi aplikasi WhatsApp.

“Tidak lama selepas bermain cinta, suspek memaklumkan akan datang ke Malaysia bagi membuat urusan tuntutan pampasan kematian bapanya dengan sebuah syarikat di Sarawak.

“Suspek meminta bantuan kewangan daripada mangsa untuk membiayai kos penginapan dan juga bayaran kepada Bank Dunia bagi urusan pengeluaran wang sebanyak AS$5.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa turut dijanjikan akan menerima sejumlah wang yang lumayan sekiranya dapat memberikan bantuan.

Tertarik dengan tawaran tersebut katanya, mangsa kemudian membuat beberapa transaksi kewangan antara 11 April hingga 12 Jun tahun ini berjumlah RM142,080.

Menurut Kamarul Zaman, mangsa kemudian menyedari ditipu selepas seorang mangsa lain menghubungi wanita berkenaan memberitahu dia juga telah ditipu dengan menggunakan modus operandi sama sebelum ini.

BACA JUGA:

Sanusi bakal hilang status MB selepas PRN kelak

Syada Amzah mahu ikut jejak kakak, terbang masuk antarabangsa – Shila Amzah restu adik jadi penyanyi

Klinik swasta beri rawatan percuma? Ini satu berita yang mengejutkan”