Harimau Malaya perlu tunjuk taring sebenar dengan China

Pertemuan menentang China dan Syria pada aksi persahabatan dalam tempoh terdekat ini boleh dikatakan sesebagai kayu pengukur kekuatan sebenar skuad Harimau Malaya sebelum mengharungi kempen Piala Asia 2023 di Qatar, tahun depan.

Pertahanan kental skuad Harimau Malaya, Dion Cools berkata, China dan Syria dilihat setara dengan lawan yang akan mereka bertemu di Qatar sekali gus memerlukan komitmen tinggi daripada barisan pemain untuk memantapkan lagi pasukan kebangsaan.

Beliau berkata, situasi terbabit sedikit sebanyak memberi bayangan kepada skuad kebangsaan mengenai cabaran dan tentangan yang bakal diterima mereka pada pertandingan itu nanti.

Harimau Malaya perlu tunjuk taring sebenar dengan China

“Kalau kita lihat ranking mereka, mereka berada di sekitar ranking yang agak sama. Kita akan berdepan pasukan seperti Bahrain dan Jordan di Piala Aaia nanti yang memiliki tahap yang hampir sama.

“Jadi ini satu pengalaman yang bagus untuk melihat jika kami cukup baik untuk menewaskan mereka. Sudah tentu Korea Selatan sudah berada di tahap yang berbeza tetapi kita ambil selangkah demi selangkah.

“Untuk itu, kita perlu bermula dengan persembahan yang terbaik ketika menentang Syria dan China nanti, apatah lagi kali ini kita akan beraksi di tempat lawan sama seperti di Piala Asia nanti,” katanya.

Selain itu, pertahanan berusia 27 tahun itu yang tampil sebagai pemenang treble bersama Buriram United musim lalu menjelaskan semua pemain memiliki mentaliti kemenangan yang pasti mendorong mereka memperaga aksi terbaik.

“Semua pemain kebangsaan beraksi bersama pasukan masing-masing dan bersaing untuk meraih kemenangan. Jadi semua pemain ada mentaliti di mana mereka mahukan kemenangan setiap kali turun beraksi.

“Ini sangat positif dan saya rasa ia tiada masalah kerana kami menuju ke arah yang sama. Semua di sini juga tahu apa yang perlu dilakukan dan kita ada kombinasi yang baik antara pemain baharu dan pemain lama,” katanya.

BACA JUGA:

Penumpang berang mak ayah ‘bodoh’ biar anak terpekik, lari dalam feri

Anggota Rela temui ajal semasa lintas hormat Hari Kemerdekaan

Penunggang basikal ghaib sebelum dirempuh kereta