Heboh gelagat seorang budak perempuan menangis gara-gara separuh pintu farmasi ditutup “Ibu… ibu.. ibu!”

Heboh gelagat seorang budak perempuan menangis gara-gara separuh pintu farmasi ditutup “Ibu… ibu.. ibu!”

Rakaman yang menunjukkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan di dalam kereta mengejutkan ramai kerana teriakannya yang sangat kuat.

Semuanya gara-gara si ibu yang berada di dalam sebuah farmasi masih tidak keluar sedangkan separuh pintu masuk premis itu sudah ditutup.

Heboh gelagat seorang budak perempuan menangis gara-gara separuh pintu farmasi ditutup “Ibu... ibu.. ibu!”

“Ibu keluar kejap lagi, tepi tu boleh keluar,” kedengaran pula suara seorang wanita yang merakam aksi kanak-kanak tersebut yang sedang menangis tanpa henti.

Mengimbas kembali ‘insiden’ itu, Ili Athirah Ahmad berkata, dia berkunjung ke sebuah farmasi di Sungai Buloh, Selangor bersama adik dan anak perempuan berusia empat tahun,

Mesra disapa Ili, dia bagaimanapun berkata anaknya, Hawa Medina Mohamad Yusof dibiarkan berada di dalam kereta ditemani adik perempuannya berusia 26 tahun.

“Masa tu 9.40 malam. Saya hanya nak singgah sekejap sebab ada benda nak beli. Jadi anak tak payah ikut sekali sebab saya nak cepat.

“Lagipun kedai pun dah nak tutup sebab dekat 10 malam,” katanya

Wanita berusia 33 tahun itu tampil menjelaskan ia bukan pertama kali anak sulungnya itu menangis ketika dia masuk ke dalam kedai.

“Ini kejadian yang kedua. Pertama waktu saya di restoran tempat adik saya bekerja. Tunggu dia balik kerja, pukul 9.50 malam kedai pun nak tutup dan pintu depan ditarik ke bawah.

“Anak tiba-tiba meraung. Dia tak kisah pasal orang lain, jangan saya ada dalam kedai yang nak ditutup. Cepat-cepat saya bawa dia keluar,” ujarnya yang berasal dari Sungai Buloh.

Menurut Ili, anak perempuannya yang lebih mesra dengan panggilan Wawa itu begitu manja sehinggga sukar untuk berenggang.

“Dia rapat dengan saya, ke mana saya pergi dia nak ikut. Sebenarnya pernah je dia menunggu saya di dalam kereta bersama ayah atau adik saya, dan saya masuk ke kedai.

“Pernah saya masuk pasar raya hampir sejam, anak masih okay. Jangan sampai dia tengok pintu kedai nak tutup kerana waktu operasi sehingga 10 malam, mulalah menangis.

“Walaupun hanya 10 minit dalam kedai, dia tetap fikir saya tak akan keluar dari situ,” katanya yang menyifatkan anak perempuannya merupakan kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap.

Dalam pada itu, Ili yang merupakan pembantu akauntan itu berasa terhibur dengan komen-komen netizen menerusi video anaknya menangis yang dimuat naik di akaun TikToknya.

Segelintir netizen menyamakan gelagat anaknya yang menangis seperti adegan filem klasik Melayu, kisah legenda Batu Belah Batu Bertangkup yang mengisahkan seorang ibu ditelan oleh sebuah bongkah batu yang besar.

“Mereka kata saya kena telan macam Batu Belah Batu Bertangkup zaman moden. Kelakar dengan gurauan netizen walaupun saya bukan merajuk kempunan telur ikan tembakul, tapi nak beli barang je.

“Itulah anak saya suka berkepit ikut saya ke sana sini. Lepas ni kalau nak masuk kedai memang kena pastikan awal jangan sampai nak tutup baru nak datang,” ujarnya secara berseloroh.

BACA JUGA:

Wakil rakyat terpaksa tanggung malu apabila seluar beliau tertanggal dihadapan rakyat

8 manusia dilahirkan dengan ciri ganjil – Mesti anda tidak percaya

Tiktok menaik taraf dengan ketatkan tindakan terhadap privasi,maklumat dan ucapan